BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat Bayi Tidak Cukup Sifat Ditemukan Berhampiran Rumah Di Penampang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

Mayat Bayi Tidak Cukup Sifat Ditemukan Berhampiran Rumah Di Penampang​

35b38dcdf11ea759007109830eb691a86a68943e995fd

Kredit: IPD Penampang

Polis sedang giat mengesan individu susulan penemuan mayat bayi tidak cukup sifat di kawasan Kampung Goliga Kolopis di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang Superintenden Sammy Newton berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.52 pagi.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati mayat bayi dipercayai tidak cukup sifat itu ditemui berhampiran rumah pengadu.

"Pasukan Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah serta Unit K-9 PDRM digerakkan ke lokasi bagi membantu siasatan dan pemeriksaan tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sammy berkata mayat bayi itu dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu bagi tujuan bedah siasat.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyembunyikan kelahiran bayi dengan membuang secara sulit.

"Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Anis Abdullah di talian 013-6365734 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau turut menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih di media sosial yang boleh menjejaskan siasatan.

 
Back
Top
Log in Register