BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayi Perempuan Ditemukan Di Kawasan Semak Di Tawau

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

Bayi Perempuan Ditemukan Di Kawasan Semak Di Tawau​

5a8e0eded4ecf6e1bc8847782d8a549760ea9d8173de5


Seorang bayi perempuan ditemukan di kawasan semak berhampiran sebuah rumah di Kampung Jawa di sini pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau Superintenden Wilynton Enchana Watt berkata bayi itu ditemukan oleh seorang lelaki pada kira-kira 6 pagi sebelum dibawa ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata pihaknya menerima dua laporan berhubung penemuan bayi itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

"Siasatan giat dijalankan bagi mengenal pasti ibu kandung bayi terbabit serta individu yang bertanggungjawab dalam kejadian ini.

“Polis sedang mengesan saksi-saksi termasuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup di sekitar lokasi kejadian," menurutnya dalam kenyataan di sini.

Wilynton juga berkata polis turut membuat semakan dengan pihak hospital serta klinik kesihatan bagi membantu siasatan, dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Robiatul Adawiyah Japri di talian 016-918 9402 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

 
Back
Top
Log in Register