BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat anak saudara dalam telaga

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_01.1.jpg

Anggota bomba mengangkat mayat Latifah setelah dikeluarkan dari telaga di Kampung Cherok Mokkan, Hosba, Jitra semalam.

JITRA – Sebuah telaga buta berusia 100 tahun yang terletak di Kampung Cherok Mokkan, Hosba di sini memakan korban dipercayai yang pertama apabila seorang wanita ditemui mati lemas di dalamnya semalam.

Latifah An, 50, menjadi mangsa telaga yang telah tidak digunakan sekian lama itu setelah dia menghilangkan diri dari rumah kakaknya di kampung berkenaan sejak lima hari lalu.

Mayatnya ditemui oleh ibu saudaranya, Siti Rosni Arif, 56, setelah dia terhidu bau busuk dan disangkanya bangkai dari telaga tersebut yang terletak 10 meter dari rumahnya di kampung yang sama.

Mayat Latifah yang sudah kembung, mengalami bengkak di seluruh tubuh ditemui dalam keadaan terlangkup.

Menurut Siti Rosni, dia terhidu bau busuk seperti bangkai ketika dia sedang membersihkan halaman rumahnya kira-kira pukul 7.30 pagi.

“Saya berasa tidak sedap hati dan terus pergi ke telaga itu dan nampak papan penutup telaga telah dialihkan serta ada banyak langau di situ.

“Saya terus menjenguk ke dalam telaga dan nampak sesuatu tetapi tidak jelas kerana cermin mata saya tertinggal di dalam rumah,” ceritanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.


sumber;http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0630&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
 
bunuh diri ke apa
 
klo dh lama xguna mmg terjunla kot
 
kasi kambus itu telaga..
 
ada orang panggil,dia p,ada orang tolak,kes mesti tutup,kematian mengejut,what lies beneath..
 
Kat kg mertua aku ni..mangsa ni ada penyakit kemurungan..bekas guru..
 
Back
Top
Log in Register