dyla shahri
CG Top Poster Club

- Messages
- 22,918
- Joined
- Dec 2, 2009
- Messages
- 22,918
- Reaction score
- 1,040
- Points
- 191
DAMMAM: Pasangan Filipina yang disyaki membunuh pembantu rumah mereka dua tahun lalu akhirnya mengaku membelasahnya hingga mati.
Mereka kemudian mencincang tubuhnya hingga lumat dan menanam mayat mangsa di dalam konkrit di lantai rumah mereka.
Pasangan itu bagaimanapun mendakwa tindakan itu dilakukan kerana pembantu rumah itu mendera anak-anak mereka.
Ketika disoal-siasat, suspek wanita memaklumkan kepada polis beliau menggunakan pemukul besbal untuk membelasah mangsa hingga tersungkur ke bumi.
Suaminya kemudian dihubungi suspek wanita itu pulang ke rumah.
Sebaik tiba di rumah, majikan lelaki kemudian membelasah mangsa hingga menyebabkan beliau pengsan.
Mereka kemudian mengangkat mangsa ke bilik air untuk menyedarkannya kembali.
Namun, mangsa yang tersedar daripada pengsannya meninggal dunia tidak lama kemudian.
Pasangan itu turut mengaku membawa mayat mangsa ke Lebuhraya Jubail tapi membatalkan niat untuk membuangnya di situ dan membawanya pulang.
Mereka sebaliknya mencincang lumat mayat mangsa dan kemudian ditanam di lantai konkrit rumah mereka.
Selepas itu, pasangan itu kemudian melaporkan kepada polis mendakwa pembantu rumah mereka hilang.
Bagaimanapun, akibat perselisihan antara kedua-dua suspek, suspek wanita bertindak melaporkan jenayah itu kepada polis. - Agensi