BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maxis over charged

Pindah p service provider lain dgn mengekalkan no lama
 
ade lagi ke yg pki maxis skrg ni? x releven langsung..
 
mungkin sebab no lama, recycle, no lama dulu tu owner ad subscribe mcm2. Kena owner baru plak yg tanggung
 
Maxis untung RM1.9 bilion 2016

maxis1.jpg.transformed.jpg

KETUA Pegawai Eksekutif Maxis, Morten Lundal.

KUALA LUMPUR: Maxis Bhd mencatat keuntungan bersih RM1.963 bilion pada tahun kewangan berakhir berakhir 31 Disember 2016.

Keuntungan meningkat 0.2 peratus berbanding tempoh sama sebelumnya, meskipun berdepan persaingan sengit dalam pasaran yang semakin mencabar.

Pada suku keempat berakhir 31 Disember lalu, ia mencatat keuntungan bersih RM544 juta, meningkat 14.0 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Secara keseluruhan, pada 2016, syarikat telekomunikasi itu terus mengembangkan pendapatan, keuntungan dan penguasaan pasaran, disokong oleh purata hasil setiap pengguna (ARPU) yang lebih tinggi, penggunaan 4G dan data yang kukuh serta rangkaian 4G LTE terkemuka dalam industri.

Pada suku keempat 2016, pendapatan perkhidmatan Maxis meningkat 0.5 peratus kepada RM2.165 bilion dengan prestasi pasca bayar dan prabayar yang stabil.

"Dalam tempoh itu, pendapatan prabayar kekal pada RM1.024 bilion dengan internet mudah alih memacu momentum, " katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pasca bayar mencatatkan pendapatan sebanyak RM1.004 bilion dengan momentum perolehan yang kukuh, dipacu oleh Pelan MaxisONE dan Zerolution.

Mengulas mengenai prestasi kewangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Morten Lundal, berkata 2016 adalah tahun yang mencabar, tetapi baik bagi syarikat telekomunikasi itu.

Beliau berkata, ia berjaya mencatatkan prestasi yang kukuh meskipun berdepan persaingan harga yang sengit di pasaran dengan memberi pelanggannya tawaran nilai unik dan menarik.

"Pelanggan kami kini menikmati kombinasi data tambahan pada harga yang berpatutan, melalui rangkaian yang terbaik dan kami bangga kerana merekodkan kepuasan pelanggan yang tinggi.

"Secara keseluruhannya, 2016 adalah tahun yang mana kami mencapai prestasi yang baik dengan momentum yang kukuh menuju ke 2017," katanya.


http://www.bharian.com.my/node/245674
 
macam mana tu?

MNP atau Mobile Number Portability

Cnth skrg abg guna telco meksis...numbor pla cantik n malas nak bgtau kwn2 yg abg ada num baru... Abg boleh tukar telco lain dgn mengekalkan num lama... Caranya.. online atau isi borg kat telco baru abg nak join..cth dijiey.. nnti drg akan bgtau ttg cara mnp ni...

Selepas seminggu num meksis abg sblm ni cnth 0123456789 masih kekal tetapi kini dibawah naungan telco dijiey... So kalau prepaid..kena beli topup dijiey ler...
 
klu antar sms STOP ALL, mmg sms tu akan stop..
 
Back
Top
Log in Register