BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maxis: Iklan ikut lokasi

feer6452

Super Active Member
Messages
8,855
Joined
Apr 23, 2011
Messages
8,855
Reaction score
26
Points
70
image.jpg


PENYEDIA perkhidmatan komunikasi Maxis Bhd (Maxis) memperkenalkan Pengiklanan Berasaskan lokasi (LBA) Maxis untuk pengiklan mendekati pelanggan Maxis myDeals di tempat dan masa yang sesuai menggunakan teknologi lokasi telefon bimbit.

Perkhidmatan yang juga boleh ditetapkan berasaskan masa itu membolehkan pengiklan memilih profil demografi pelanggan sasaran mereka untuk menyampaikan mesej yang sesuai atau tawaran promosi kepada pelanggan.

Ketua Perkhidmatan Digital Maxis, T Kugan berkata, dengan pengenalan perkhidmatan baru itu, Maxis menjadi syarikat pertama yang menyediakan saluran mudah alih untuk pengiklan mendekati pengguna berasaskan lokasi.

"Apa yang lebih penting, pelanggan mempunyai pilihan untuk menerima mesej itu dan apabila mereka bersetuju menerimanya, ia akan memanfaatkan kedua-dua pihak terlibat memandangkan pelanggan dapat menikmati pelbagai tawaran berdekatan mereka dengan segera dan mudah.

"Platform ini juga akan membantu syarikat kecil dan sederhana untuk menggunakan LBA berasaskan SMS untuk menarik pelanggan yang berada berhampiran supaya melawat kedai mereka," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pelanggan Maxis dan Hotlink yang merupakan ahli myDeals akan dapat menikmati tawaran itu setiap kali mereka ke lokasi tertentu di mana LBA Maxis disediakan.

Menurut Maxis, satu pesanan SMS akan dihantar secara percuma dengan tawaran yang dipromosikan apabila sistem itu mengesan kehadiran pengguna.

Perkhidmatan pengiklanan berasaskan lokasi Maxis kini boleh didapati di lebih 15 destinasi membeli-belah tertentu, termasuk Mid Valley Megamall, One Utama, Sunway Pyramid, KLCC, Pavilion dan The Curve, serta lokasi lain seperti Lapangan Terbang Kuala Lumpur, LCCT dan genting higlands
 
Bukan sekarang mmg ada dh ke..hmm
 
klo kita dlm area tu nnt dapat msg la..xbest annoying
 
Back
Top
Log in Register