fyreeze
Active+ Member
- Messages
- 2,585
- Joined
- Feb 26, 2007
- Messages
- 2,585
- Reaction score
- 48
- Points
- 60
Artikel daripada HARIAN METRO (21/11/2007)
PELANGGAN talian mudah alih pasca bayar dan prabayar Digi Telecomunications Sdn Bhd (DiGi) dan Maxis Communications Bhd (Maxis) kini mempunyai alternatif baru untuk berbual selain sistem pesanan ringkas (SMS) apabila kedua-dua syarikat mudah alih itu memperkenalkan pula khidmat pesanan segera (IM) mudah alih.
Khidmat IM mudah alih itu ‘meniru’ konsep perbualan menggunakan teks menerusi Internet seperti Yahoo! Messenger dan MSN Messenger yang mana Maxis dan DiGi adalah antara 43 syarikat pengendali talian mudah alih di dunia yang memperkenalkan perkhidmatan terbabit.
Ketua Pembangunan Produk dan Maklumat Hiburan Maxis, Kugan Thirunavakarasu, berkata pengenalan IM mudah alih itu boleh diaktifkan dengan memuat turun aplikasi yang diperlukan ke dalam telefon bimbit teknologi ketiga (3G) milik mereka.
Maxis mengenakan caj RM1 bagi 100 pesanan mesej yang dihantar manakala caj bulanan sebanyak RM5 untuk 500 pesanan mesej.
DiGi pula hanya mengenakan caj RM2 bagi penggunaan pesanan mesej tanpa had setiap hari.
Sementara itu, Ketua Pembangunan Pengurusan Produk DiGi, Albert Murty, berkata sebagai pengenalan, kedua-dua penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu bersetuju untuk menyediakan perkhidmatan berkenaan secara percuma sehingga 31 Disember ini.
Pengenalan IM mudah alih itu juga selaras dengan corak dan gaya hidup masyarakat negara ini seperti trend yang melanda banyak negara terutama di China, Mesir, Filipina dan Bangladesh.
Ia diperkenalkan dengan corak capaian yang hampir sama dengan IM versi Internet tapi menggunakan telefon mudah alih.
Perkhidmatan itu boleh diakses kira-kira 15 juta pelanggan prabayar dan pasca bayar DiGi dan Maxis selain mampu meningkatkan pertumbuhan pelanggan.
DiGi dan Maxis adalah pengendali talian mudah alih di Asia yang melancarkan perkhidmatan itu dan sedang berusaha untuk menjalankan kerjasama dengan pengendali talian mudah alih di luar negara bagi tujuan memperkembang pertumbuhan pelanggan perkhidmatan itu.