Maut tersusuk buluh bendera parti

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136

Nor Fatihah (kanan) yang menunggu di Hospital Mersing tidak dapat menahan kesedihan selepas suaminya itu disahkan meninggal dunia.

ROMPIN – Belum pun sempat melelapkan mata, Nor Fatihah Abdul Khalid, 25, tergamam apabila melihat suaminya yang baru pulang berlumuran darah selepas dikatakan tertusuk buluh bendera parti politik sebaik saja tiba di rumahnya di Kampung Salang, Pulau Tioman, awal pagi, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa, Sofian Iskandar Suharto, 27, dikatakan tertusuk buluh bendera di bahagian leher sewaktu menunggang motosikal untuk pulang ke rumah selepas memeriksa botnya di Jeti Kampung Salang.

Bagaimanapun, Sofian Iskandar yang mengalami pendarahan teruk di bahagian leher terpaksa dikejarkan ke Hospital Mersing menaiki bot ambulans dan disahkan meninggal dunia di hospital itu pada jam 1.40 tengah hari.

Nor Fatihah berkata, sebaik saja suaminya itu sampai di rumah, dia terkejut apabila pakaian Sofian berlumuran darah sambil kedua-dua tangannya menutupi leher akibat kesakitan dialami.

“Saya baru hendak tidur, kemudian dikejutkan sepupu yang memberitahu suami pulang dalam keadaan berlumuran darah dan mengerang kesakitan.

“Saya terus melulu ke arah suami dan membalut lehernya dengan tuala, tetapi darah masih keluar menyebabkan saya terpaksa meminta bantuan orang kampung menghantarnya ke Klinik Kesihatan Kampung Tekek,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Nor Fatihah, suaminya itu tidak banyak bercakap selain hanya mampu beristighfar dan mengucap sepanjang perjalanan menaiki bot ke klinik kesihatan itu.

“Dalam keadaan hujan, saya gagahkan diri meminta bantuan orang kampung untuk menghantar suami ke klinik kesihatan agar dia dapat dirawat segera memandangkan darah di leher mengalir semakin banyak,” katanya.

Nor Fatihah berkata, bagaimanapun, suaminya diarah untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Mersing memandangkan kecederaan yang dialaminya serius.

“Hanya doa saja yang dapat saya lakukan ketika itu, selain berharap supaya suami kembali sembuh, apatah lagi melihat keadaannya yang tidak bermaya seolah-olah seperti ayam baru kena sembelih,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia reda apabila doktor mengesahkan suaminya tidak dapat diselamatkan selepas mengalami pendarahan yang teruk.

“Saya terima ketentuan Ilahi kerana ajalnya sudah tiba. Saya hanya mampu berdoa dan berusaha, kerana semua itu atas kehendak-Nya,” katanya.

“Saya pun rasa pelik, kerana arwah tidak banyak bercakap dan suka menyendiri, mungkin itu tanda dia akan meninggalkan kami selama-lamanya,” katanya.

Dalam pada itu, Jenazah Sofian Iskandar dituntut keluarganya untuk dibawa ke Pulau Tioman dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Salang, selepas Isyak.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/maut-tersusuk-buluh-bendera-parti-1.149086
 
Sponsored Post

rebellion

Legendary Member
Platinum Member
Joined
May 3, 2010
Messages
16,081
Reaction score
58
Points
135
Innalillah, semoga mati berjuang demi Islam
 

wan9551

Active+ Member
Joined
Dec 10, 2007
Messages
3,197
Reaction score
7
Points
30
MasyaAllah.. al-fatihah... moga dicucuri rahmat
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,636
Reaction score
21,079
Points
1,671
mcm mana bole jd cmtu
 

ZURA-SAN

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 14, 2010
Messages
13,037
Reaction score
23
Points
120
dah ajal...

AL-fatihah...
 

elan

Active+ Member
Joined
Apr 10, 2007
Messages
4,796
Reaction score
34
Points
30
ni le bahaya bila bendera POLITIK ni di letakkan pada tempat yang tak sepatutnya...

Hari minggu lepas jadi kat aku, nasib baik aku guna kereta... kalau naik moto, silap2 arwah kot... kat highway kajang, diorang pasang bendera kat jejantas.. tiba2 buluh jendela tu jatuh kebawah dan kena kat cermin depan kereta aku... betul2 depan cermin (tempat pemandu).. nasib baik tak de apa2 berlaku... masa kejadian ni aku betul2 kat lorong paling kanan. aku rasa nak pergi je MPKj, nak buat aduan.
:mad:
 
Last edited:

balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
malang tak berbau...takziah bagi keluarga mangsa.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register