BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut terkena kipas kapal

percumaforex

Super Active Member
Messages
7,543
Joined
Nov 12, 2012
Messages
7,543
Reaction score
84
Points
70
41528279114_MautEnjin.jpg

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Herianto Ramli, 53 tahun mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah. - Foto Astro AWANI/

KUCHING: Malang buat seorang pekerja warga Indonesia apabila maut selepas terkena kipas enjin sebuah kapal di muara Sungai Tabuan Sarawak, di sini hari ini.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Herianto Ramli, 53 tahun mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Menurut Kapten kapal terbabit, Tan Chiat, 43 tahun, sebelum kejadian dia telah mengarah seorang kru kapal untuk membuat pemeriksaan selepas kipas enjin kapal dilaporkan tidak berfungsi.

Katanya, selepas diperiksa, enjin berjaya dihidupkan selepas kru berkenaan naik semula ke kapal.

"Bagaimanapun ketika enjin dihidupkan, kru kapal memaklumkan kepada saya ada ternampak darah dalam air.

“Bimbang perkara tidak diingini berlaku, kami membuat pemeriksaan kru dan mendapati Herianto tiada dalam kapal," katanya.
Tan menjelaskan, beliau syak mangsa turun tanpa disedari sebelum terkena kipas enjin semasa ia dihidupkan.

Tan telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ng Ah Lek ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
 
macam mana dah naik boleh turun balik.. atau orang lain yang naik.. atau pun diorang silap orang?
 
Back
Top
Log in Register