ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Keadaan Proton Exora yang melanggar mangsa.
SEREMBAN - Seorang pekerja kontrak membuat jalan maut manakala seorang lagi mengalami cedera parah ketika melakukan kerja-kerja penurapan jalan di Jalan Pantai Batu 9 di sini, selepas dilanggar sebuah kereta petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa Mohamed Muslim, 46, warga Bangladesh, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Abdul Mastsn Abd Hamid warga tempatan mengalami cedera parah.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdullah Roning berkata, ketika kejadian kedua-dua mangsa baru sahaja selesai melakukan kerja-kerja pembaikan jalan di lokasi.
"Namun secara tiba-tiba sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora dipandu seorang lelaki dari arah Jelebu hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh dua pekerja kontrak terbabit yang baru selesai membuat kerja pembaikan jalan.
"Kejadian itu menyebabkan Mohamed Muslim meninggal dunia di tempat kejadian manakala Abdul Mastsn yang juga pemandu lori mengalami cedera parah," katanya.
Menurutnya, kedua-dua mangsa di hantar ke Hospital Tuanku Jaafar manakala pemandu kereta Exora selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.