BTC USD 81,705.0 Gold USD 4,056.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut pulang kerja

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,872
Points
1,831
Kuala Lipis: Seorang mekanik yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai membaiki kereta pelanggan, maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori yang diletak di tepi jalan kerana rosak di Jalan Lipis-Merapoh, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.50 malam, mangsa, S Jeevananthan, 19, dari Padang Tengku, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala.


Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebelum kejadian pemandu kenderaan berat berkenaan yang menghala ke Merapoh dari Lipis terpaksa berhenti di tepi jalan kerana kenderaannya mengalami masalah enjin sebelum meletakkan tanda tiga segi sebagai amaran.

Menurutnya, tanda amaran itu dipercayai sukar dilihat hingga menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh belakang lori.


“Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak kira-kira satu meter sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.


“Kemalangan terbabit disedari orang awam yang kebetulan melalui tempat kejadian sebelum menghubungi Balai Polis Kuala Lipis dan siasatan awal mendapati pemandu berkenaan tiada kerana pergi mendapatkan bantuan untuk membaiki lori yang rosak,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mautpulangkerja/Article/index_html
 
Kawasan lipis-merapoh ni selalu accident..
Al-fatihah..
 
kekadang banyak moto bwk laju tertiba tak perasaan ada kenderaan yg berenti tepi jalan mmg bahaya
 
sempit sangat jalan kat merapoh kuala lipis...bila la nka ade highway kat sana...
 
Back
Top
Log in Register