honda_primo
Banned
- Messages
- 5,761
- Joined
- Nov 10, 2007
- Messages
- 5,761
- Reaction score
- 25
- Points
- 75
MELAKA: Seorang bapa yang baru menimang cahaya mata maut apabila terbabit dalam satu kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Sungai Udang, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, Norizan Hassan, 29, dari Kuala Sungai Baru, yang menunggang motosikal Yamah LC, mati di tempat kejadian kerana cedera parah di bahagian leher dan kepala akibat rempuhan kuat ke pintu sebelah penumpang kiri kereta Perodua Myvi berkenaan.
Seorang saksi, Mohd Kamar Arifin Mohd Ali, 36, yang juga rakan mangsa, berkata sebelum kejadian, dia sempat berbual-bual dengan arwah yang singgah di kedainya untuk membeli minuman sebelum mangsa beredar menuju ke Pekan Sungai Udang.
Menurutnya, sepanjang pertemuan itu, arwah bersikap seperti biasa, tetapi dia agak pelik apabila melihat mangsa tiba-tiba berpatah semula menuju ke arah Masjid Tanah.
“Saya terperanjat apabila terdengar dentuman kuat dan menyedari motosikalnya terbabit dalam kemalangan di simpang tidak jauh dari kedai saya lalu pergi melihat sebelum cuba membantu mangsa yang terkulai di tepi jalan.
“Bagaimanapun, saya sempat mengajar mangsa mengucap dua kalimah syahadah sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir di atas pangkuan saya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Katanya, dia begitu sedih dengan kehilangan sahabat karib yang juga bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel motosikal di pekan Sungai Udang.
Sementara itu, Ketua Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, Asisten Superintendan Poon Nam E Kling, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila motosikal mangsa gagal mengelak kenderaan yang datang dari arah sama yang membelok ke kiri untuk memasuki simpang.