BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut kereta rempuh tiang pagar

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_02.1.jpg

ANGGOTA bomba mengusung Mohd. Hassan yang cedera selepas kereta yang dinaiki bersama dua abangnya terbabit dalam kemalangan di Kampung Tanjung Lumpur, Kuantan semalam.

KUANTAN - Seorang peniaga maut manakala dua adiknya cedera apabila kereta yang mereka naiki hilang kawalan dan merempuh tiang pagar sebuah rumah di Jalan Tanjung Lumpur dekat sini semalam.

Mohd. Khaidil Ismail, 25, mati di tempat kejadian manakala dua adiknya yang cedera ialah Mohd. Nazri, 20, dan Mohd. Hassan, 18.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, mangsa dalam perjalanan dari bandar ini ke rumah mereka di Pekan dalam kejadian pada pukul 1 pagi itu.

"Di tempat kejadian, kereta Proton Iswara yang dipandu Mohd. Khaidil hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum merempuh tiang pagar sebuah rumah di tepi jalan berkenaan," katanya ketika dihubungi.



http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0508&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
sumber:
 
Back
Top
Log in Register