BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut jatuh tingkat 12

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg


Mangsa maut akibat kecederaan parah.
< 1 / 1 >
KLANG – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari ruang legar lif tingkat 12, sebuah hotel di Pandamaran dekat sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa yang sudah bercerai dengan isterinya kira-kira lapan tahun lalu dipercayai mengalami tekanan perasaan.

Menurutnya, dalam kejadian pada jam 6.30 petang, pihaknya menerima panggilan memaklumkan seorang lelaki berusia 56 tahun parah selepas terjatuh dari bangunan tersebut.
“Dipercayai mangsa yang sudah tidak bekerja tinggal sendirian di Klang.

“Siasatan awal mangsa dipercayai mempunyai masalah tekanan perasaan susulan penemuan beberapa keping nota,” katanya.

Kamarul Zaman berkata, nota bertulis tersebut mengatakan dia (mangsa) akan pergi dahulu dan sudah lama hidup, selain tidak mahu menyusahkan keluarga.

Turut ditemui barang peribadi mangsa seperti telefon bimbit, gigi palsu dan cermin mata.

“Mangsa parah di bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

“Siasatan awal menunjukkan tiada elemen jenayah dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
 
Ini bukannya terjatuh.
Ini menjatuhkan diri...
 
Back
Top
Log in Register