BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut dirotan anak tiri

W810

Active Member
Messages
1,644
Joined
Apr 20, 2009
Messages
1,644
Reaction score
31
Points
30
KEMAMAN - Malang buat seorang bapa apabila menemui ajal akibat dirotan anak tirinya dalam satu pergaduhan di Kampung Pengkalan Binjai di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, Mohd. Shariff Othman, 50, dikatakan dipukul selepas menasihati anak tirinya berusia 29 tahun itu supaya mengubah sikap dan mencari kerja untuk menyara hidup.

Menurut jiran mangsa, Shaabdillah Kamaruddin, 49 , mangsa datang ke rumahnya yang terletak berhampiran kira-kira 8.30 malam dan mengadu dia bergaduh dengan suspek di sebatang jalan di kampung itu.

"Ketika itu dia nampak lemah dan memberitahu dia kesakitan akibat dipukul pada tangan kiri dengan rotan oleh anak tirinya.

"Tidak lama selepas itu dia terus rebah dan saya membawanya ke Hospital Kemaman sebelum dia disahkan meninggal dunia," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut isteri mangsa, Siah Mahmud, 56, pada malam itu, suaminya keluar untuk ke rumah rakan di Taman Perumahan Semarak, Binjai untuk membayar hutang berjumlah RM50.

"Saya tak tahu dia bergaduh di luar rumah dengan anak lelaki saya sehinggalah dihubungi jiran (Shaabdillah) yang mengatakan dia pengsan di hadapan rumahnya akibat dipukul," katanya.
 
anak tiri yang tak kenang budi....
 
dah ler xde keje..menyusahkan org lg..
ni la org ckap..kecik2 xnak mampus..besar2 menyusahkan org..
 
aku rasa, bapak dier ni lah yang salah..
 
tu la.....nape la x nak mampus mase kcik2 dulu......dah la menumpang kat bapak tiri
 
kena rotan kat tangan .. lepas tu .. k.o ..wow .. kena siasat bawah kes bunuh pula..
 
Anak derhaka
 
Back
Top
Log in Register