BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut dipukul sekumpulan perompak

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
IPOH - Seorang lelaki maut akibat dipukul dengan besi dan seterika oleh sekumpulan perompak yang memecah masuk rumahya di Kampung Sungai Badak, Jejawi, Perak Tengah awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, mangsa Mohd Suhaili Abdul Salim, 27, sedang tidur bersama isteri dan anak perempuan mereka apabila menyedari rumah mereka dimasuki empat lelaki warga asing.

"Mangsa yang juga tinggal bersama kedua ibu bapanya terdengar kumpulan penjenayah itu menendang pintu rumahnya.

"Mangsa keluar dari biliknya dan melihat empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang dan pemotong besi," kata Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa bertindak melawan kumpulan penjenayah terbabit, namun dia telah dipukul sebelum mulut dan mukanya diikat.

"Ibu dan bapanya turut diikat. Kumpulan penjenayah itu kemudian bertindak menggeledah rumah mangsa dan membawa lari sebuah kereta jenis Proton Waja, dua telefon bimbit dan barang kemas," katanya.

Mohd Shukri berkata isteri mangsa yang kemudiannya memeriksa keadaan mangsa selepas kumpulan penjenayah itu melarikan diri dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri.

Dia lantas menghubungi pihak ambulans yang mengesahkan mangsa telah meninggal dunia, katanya.

Polis sedang menjejaki kumpulan penjenayah itu. - Bernama
 
kes terpencil jer ni...(kata Menteri Dalam Negeri)
 
wara asing lagii.....


takziah buat keluarga mangsa. :(
 
time ni la diorang nakbuat onar
polis tentera dah kena posting ke sabah
 
sebaiknya kalau perompak masuk kerumah lebih baik jangan dilawan, silap haribulan inilah jadinya, nyawa sendiri melayang....hilang hartabenda boleh dicari tapi kalau kehilangan nyawa tiada gantinya.
 
makin berani... ni ke org kate malaysia aman :-?
 
Back
Top
Log in Register