BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut dilibas Mat Rempit

AMICO66

Super Active Member
Messages
9,664
Joined
May 5, 2008
Messages
9,664
Reaction score
273
Points
91
PETIKAN DARI HARIAN METRO...

KUANTAN: Dia bertandang ke bandar ini untuk memulakan pekerjaan baru bagi menyara keluarganya di Seremban, tetapi hajat terbabit berakhir dengan tragedi berdarah apabila maut dipukul sekumpulan Mat Rempit di Taman Esplanade di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, lelaki berusia 42 tahun itu dibelasah sekumpulan Mat Rempit menggunakan topi keledar dipercayai akibat salah faham.

Difahamkan, mangsa mahu melaporkan diri untuk bekerja di sebuah kilang di Semambu, esoknya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) negeri, Superintendan Nordin Mustapha, berkata mangsa bersama tiga rakan sebayanya tiba di bandar ini jam 2.30 pagi sebelum berehat di Taman Esplanade selepas kepenatan menaiki kereta dari Seremban.

Katanya, tiga rakannya tidur dalam kereta manakala mangsa baring di atas kerusi di taman itu sebelum terdengar jeritan seorang daripada rakannya meminta bantuan.

“Mangsa cuba membantu rakannya untuk meleraikan pergaduhan itu. Bagaimanapun, dia menjadi mangsa belasahan kumpulan Mat Rempit terbabit yang memukul kepalanya menggunakan topi keledar.

“Melihat keadaan mangsa tidak sedarkan diri, kumpulan Mat Rempit terbabit terus melarikan diri dengan menunggang motosikal,” katanya di sini, semalam.

Nordin berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 1.30 tengah hari Sabtu lalu.

“Tiga rakan mangsa yang turut cedera dibenarkan pulang sebaik selesai menerima rawatan sebagai pesakit luar di HTAA dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan lanjut dan tiga rakan mangsa mendakwa tidak mengetahui punca sebenar dan sebab dipukul kumpulan Mat Rempit berkenaan,” katanya.

Katanya, polis masih memburu kumpulan Mat Rempit itu selain meminta orang ramai mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan.

Siasatan berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

MAKIN LAMA MAKIN BERMAHARAJALELA PULA GENG2 NI...
APA SUDAH JADI? TAKZIAH DIUCAPKAN KEPADA KELUARGA ARWAH...
 
mat rempit makin hari makin kurang ajar....patut tangkap semua sumbat dalam tong taik ramai2...

tempat ni jer layak utk dorang.
 
wah...
kecik2 da berani bunuhh orang.. da besar nak jd ape plak...
 
salah siapa>????...mak bapak derang @ budak2 tuh sendiri......

aku cadangkan umur untuk juvana tuh diturunkankan umur dari 14 ke 12 jek...pasal budak2 skang nie mmg makin menjadi2....


"seksyen 2 Akta Mahkamah Juvana 1947, “kanak-kanak” bermaksud seseorang di
bawah umur empat belas tahun manakala “orang muda” ertinya seseorang yang telah
mencapai umur empat belas tahun dan di bawah umur lapan belas tahun. Akta ini juga
memperuntukkan, ““juvana” ertinya seseorang yang telah mencapai umur bagi tanggungjawab
jenayah yang ditetapkan di bawah seksyen 82 Kanun Keseksaan dan di bawah umur lapan
belas tahun”.
 
hmmm.. dah tgk filem bohsia..
ayuh segera lah ke pawagam berhampiran..
sokong lah industri filem kita.. khaaahhhzz tuiiihhh :mad::mad:
 
makin ganaz lah budak2 rempit nih...........arhhh
 
tengah high la tu.....
sememangnya mat2 rempit ni berani sebab ada kwn2 je
kalo sorng, haram xbuat mende camni.
nnti pasai2 mkn nasi air
 
mat rempit ni makin kurang ajar..
nak pukul orang tak tengok dulu umur orang tu baper..
 
mangsa neh mem aku sempat ambik body jer masa tukar shift..dan dimaklumkan mangsa ialah chinese..pening pala mem aku nak handle ngan polis huhu..
 
Back
Top
Log in Register