BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut dilanggar lari.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Mutakhir
Maut dilanggar lari

Oleh Siti A'isyah Sukaimi

Sepang: Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai dilanggar lari sebuah kereta di Lebuh Raya Putrajaya Cyberjaya-Pintasan Dengkil kira-kira jam 12.50 tengah hari tadi.

Difahamkan mangsa, Muhammad Danial Arif Hamid, 18, menunggang motosikal dari Dengkil menghala ke Puchong sebelum dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.

Berikutan itu, mangsa tidak dapat mengawal motosikalnya lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Pada masa sama, kereta yang dipercayai melanggar mangsa turut memecut laju meninggalkan mangsa di tempat kejadian.

Sementara itu, Jurucakap polis berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

http://www.hmetro.com.my/articles/Mautdilanggarlari/Article?mutakhir


pix_gal1
 
kesiannya.... tak ade org tgk nombor plat kete tu ke..
memamg celaka tu org..
 
takziah, Innalillah.....

lebih berhat-hati ketika dijalan raya.
 
Back
Top
Log in Register