TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
SEORANG lelaki maut selepas dihempap runtuhan dinding konkrit rumah yang dirobohkan di Taman Sri Rambai
BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas dihempap runtuhan dinding konkrit rumah yang cuba dirobohkan di Taman Sri Rambai di sini, jam 3.17 petang tadi.
Mangsa berusia 50 tahun itu meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Bukit Mertajam (HBM) manakala seorang lagi berusia 40-an masih dirawat.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perda, Pegawai Bomba Kanan II, Shaikh Abdul Halim Shaikh Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 3.17 petang dan sebaik tiba di lokasi kejadian, seorang mangsa masih tersepit di bawah runtuhan dinding konkrit.
“Dinding konkrit itu berkeluasan sembilan meter dan mangsa yang tersepit tidak sedarkan diri sebelum berjaya dikeluarkan, manakala rakannya mengalami kecederaan ringan di kepala. Mangsa kemudian dikejarkan ke HBM bagi rawatan selanjutnya,” katanya.
Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di HBM.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh, berkata kejadian itu berlaku ketika operasi meroboh yang di lakukan di Taman Sri Rambai bagi tujuan projek tebatan banjir yang bermula di situ minggu lalu.
“Pemilik kediaman memohon untuk merobohkan sendiri kediamannya sehingga berlaku kemalangan ini,” katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/01/517118/maut-dihempap-runtuhan-dinding-konkrit