balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
MACHANG - Seorang lelaki maut ditempat kejadian apabila dihempap jentera berantai yang dinaikinya di Kampung Paloh Rawa Hilir, di sini, petang ini.
Mangsa, Mohd Zamri Shukri, 25, dipercayai dihempap kenderaan berat itu ketika melakukan kerja-kerja di cerun bukit di ladang kelapa sawit dekat sini.
Pegawai Balai Bomba Machang, Nik Mohd Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 2. 41 petang dan sebaik tiba ditempat kejadian, mangsa berada di bawah jentera itu.
Katanya, pihaknya mengambil masa 15 minit bagi mengeluarkan mangsa sebelum jenazahnya di hantar ke Hospital Machang, di sini.
"Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan ketika kejadian dikatakan sedang bekerja berseorangan.
" Mangsa tinggal berdekatan dan penduduk kampung turut sama membantu mengeluarkan mayat mangsa di tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.
Operasi menyelamat itu melibatkan lapan anggota dan terpaksa menggunakan jentera berat lain baru mengangkat jentera berantai tersebut.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/maut-dihempap-jentera-berantai-1.409184