oldtbone
Legendary Member

- Messages
- 17,323
- Joined
- May 25, 2012
- Messages
- 17,323
- Reaction score
- 3,695
- Points
- 191
Mayat pemandu teksi yang meninggal dunia selepas terjun dari van polis. FOTO Norizuan Shamsudin
PEMANDU teksi maut akibat terjun dari van polis selepas dia ditahan di hadapan sebuah kondominium Vertical City, Cheras semalam.
Dalam kejadian 9.30 pagi itu, lelaki berusia 40 tahun terbabit dikatakan dalam perjalanan untuk dibawa ke lokap selepas pemeriksaan mendapati dia membawa pelbagai dadah bersamanya.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, bagaimanapun, ketika dalam perjalanan suspek terus bertindak membuka pintu van sebelum terjun untuk melarikan diri.
Menurutnya, akibat tindakan itu suspek jatuh tersembam ke jalan raya dalam keadaan van bergerak.
“Suspek disahkan meninggal dunia dan ketika kejadian, suspek diiringi dua Lans Koperal.
“Polis akan mengambil keterangan anggota polis yang mengiringi lelaki itu hari ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini.
Mazlan berkata, pemeriksaan mendapati mangsa turut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
“Mangsa adalah pengedar kecil-kecilan dan disebabkan itu dia ditahan. Kes kematiannya diklasifikasikan mati mengejut (SDR).
“Anggota polis itu disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan kerana kecuaian,” katanya.
sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/453902/maut-terjun-van-polis
.