BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MATTA Mohon Semak Semula Pengecualian Subsidi Diesel Kepada Pengangkutan Pelancongan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

MATTA Mohon Semak Semula Pengecualian Subsidi Diesel Kepada Pengangkutan Pelancongan​

c8c560f73f76c20310e5faef887765c56a37d8e6bb81a


Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) memohon kerajaan menyemak semula keputusan mengecualikan pengendali pengangkutan pelancongan berlesen daripada program subsidi diesel.

Presiden MATTA Nigel Wong dalam kenyataan hari ini berkata langkah itu bukan sahaja boleh menjejaskan industri pelancongan tetapi juga rakyat Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan tersebut.

Beliau menyangkal kenyataan menyifatkan subsidi diesel untuk pengusaha pengangkutan pelancongan hanya memberi manfaat kepada pelancong asing kerana kenderaan pelancongan berlesen juga memberi perkhidmatan kepada pelancong tempatan.

Wong berkata pengusaha pengangkutan pelancongan menyediakan perkhidmatan untuk percutian domestik, kumpulan sekolah, acara korporat, perjalanan insentif, ziarah keagamaan, lawatan pendidikan dan program komuniti.

“Oleh itu, tidak tepat untuk membuat andaian bahawa subsidi diesel bagi pengusaha pengangkutan pelancongan hanya akan memberi manfaat kepada pelancong asing. Ini mengabaikan realiti bagaimana industri pengangkutan pelancongan kita beroperasi.

“Keputusan ini jika tidak diubah, akan menaikkan tambang bagi rakyat Malaysia dan mungkin memaksa mereka mempertimbangkan untuk menggunakan penyedia perkhidmatan tidak berlesen,” katanya.

Wong berkata pengecualian daripada subsidi diesel akan meningkatkan kos operasi secara langsung  kepada pengusaha pengangkutan pelancongan dengan kos tambahan itu tidak dapat dielakkan untuk dipindahkan melalui tambang lebih tinggi dan pakej pelancongan lebih mahal kepada rakyat Malaysia serta pelancong antarabangsa.

Langkah itu boleh menjejaskan faktor mampu milik yang menjadi pemacu pelancongan domestik dan ketibaan pelancong asing ketika Malaysia mempergiat kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).

Perkhidmatan pelancongan mampu milik akan menggalakkan rakyat Malaysia meneroka destinasi dalam negara selain meningkatkan daya tarikan negara kepada pelawat antarabangsa, sekali gus membawa kesan ekonomi kepada sektor hotel, restoran, pusat tarikan, peruncit, pengusaha pengangkutan dan komuniti setempat.

 
Back
Top
Log in Register