BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Matrade sasar nilai eksport RM723b

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Lai Sum


PERBADANAN Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyasarkan nilai eksport negara RM723 bilion pada tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Wong Lai Sum berkata, jumlah perdagangan negara Januari hingga Oktober 2013 meningkat kepada 3.4 peratus merangkumi 0.9 peratus nilai eksport, manakala nilai import meningkat 6.3 peratus.

“Beberapa sektor perniagaan yang menunjukkan peningkatan adalah minyak dan gas, elektrik dan elektronik, industri kimia dan peralatan perubatan serta jentera.

“Pasaran Asean adalah yang terbaik, antaranya negara China; Amerika Syarikat dan Eropah. Kita juga melihat kepada pasaran baru dan memperbaharui pasaran sedia ada di negara Iraq; Kazakhstan; Afrika; Uganda dan Tanzania,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, sektor swasta serta beberapa produk dan perkhidmatan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bekerjasama dengan Matrade untuk berada di pasaran antarabangsa.

Lai Sum berkata, Matrade akan memberi tumpuan dalam mempercepatkan aktiviti eksport Malaysia dengan merancang 148 aktiviti promosi perdagangan tahun depan berbanding 146 aktiviti tahun ini.

Katanya, antara sektor industri yang akan terlibat dalam aktiviti promosi perdagangan ialah industri gas dan minyak, elektrik dan elektronik, telekomunikasi, produk kimia dan pemprosesan makanan.

“Sebanyak 60 peratus program promosi yang dirancang dalam rantau Asia, 36 program atau 29 peratus daripada aktiviti promosi perdagangan melibatkan Asean," katanya.

Menurutnya, program itu menyasarkan 50 pengeksport PKS dan menjangkakan 30 peratus peningkatan eksport setahun," katanya.
 
Back
Top
Log in Register