BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mati tersepit di lantai rumah

fazarudin

Legendary Member
gem
Messages
11,004
Joined
Jan 2, 2006
Messages
11,004
Reaction score
263
Points
136
ne031sc9.jpg


MAYAT lelaki mati tersepit di celah lantai papan di sebuah rumah di Kampung Sura Hujung, Dungun semalam.

DUNGUN - Seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah menerusi lantai menemui ajal apabila kepalanya tersepit di celah lantai kayu tersebut.

Kejadian berlaku antara pukul 7 pagi hingga 3.30 petang semalam di Kampung Sura Hujung ketika penghuni rumah berkenaan, Wan Azhan Wan Abdullah, 43, keluar mengajar di sekolah berhampiran.

Menurut Wan Azhan, dia terkejut apabila melihat satu objek di lantai bahagian dapur rumahnya ketika pulang dari mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 7, dekat sini.

"Ketika sampai di rumah, saya terus ke ruang dapur untuk ke tandas tetapi tiba-tiba saya terlihat kepala orang dalam keadaan mengerikan," ceritanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini, semalam.

Dia kemudiannya terus memanggil jirannya kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tetapi mereka mengesahkan ia adalah kepala manusia.

Katanya, dia turut memeriksa bahagian bawah rumah dan terkejut apabila mendapati badan mangsa terjuntai di antara lantai rumah setinggi kira-kira satu meter itu.

Menurut Wan Azhan yang tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak tahun 1983, dia mengenali mangsa yang juga jirannya.
 
em...
kepala kena jaga baik2...
pengajaran nie...
jangan bior kepala, melata merata2..
tersepit... padam!
 
adeh....

dah le mati masa nak mencuri....

mati tu satu hal....aib lagi family yg tinggal tuh
 
mat dadah tu..gian nak dapatkan stok..pegi mencuri dapatkan duit..tgk tuh,kurus kering..mat dadah la tu.. :))
 
Back
Top
Log in Register