BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mati terkejut hon.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Sungkai: Seorang warga emas maut digilis lori 10 tan membawa muatan kelapa sawit selepas motosikal ditungganginya terbabas ke bawah lori berkenaan dalam kejadian di Kilometer 84, Jalan Ipoh - Kuala Lumpur berdekatan FELDA Hot Springs, di sini, semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 8.15 pagi itu, mangsa Abdul Aziz Abdul Rahim, 75, yang juga seorang peneroka FELDA dalam perjalanan dari rumahnya ke pasar pagi Sungkai terbabas selepas terkejut mendengar bunyi hon dari lori berkenaan.

Saksi kejadian Sahin Masron, 42, berkata, mangsa yang keluar dari simpang FELDA Hot Springs bersama dua rakannya itu terus memasuki lorong di sebelah kiri menyebabkan pemandu lori berkenaan membunyikan hon.

“Apabila lori itu berada di sebelah kiri mangsa, pemandu lori membunyikan hon membuatkan mangsa terkejut lalu terbabas ke bahagian bawah lori bermuatan 10 tan itu.

“Lori berkenaan yang tidak sempat membrek terus menggilis mangsa mengakibatkan mangsa cedera parah,” katanya.

Menurutnya, orang ramai melihat kejadian berkenaan membantu menutup mayat mangsa dengan surat khabar dan lori yang menggilis mangsa memberhentikan kenderaannya 100 meter dari tempat kejadian sebelum membuat laporan polis di balai berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Somsak Din Keliaw berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah motosikal jenis Honda EX5 dan sebuah lori 10 tan bermuatan kelapa sawit yang masing-masing menggunakan lorong kiri menghala ke utara.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggangi mangsa melintas keluar dari simpang FELDA Hot Springs dan memasuki lorong yang dilalui lori sebelum mangsa terjatuh ke bahagian bawah lori.

“Mangsa parah di bahagian kepala serta anggota badan dan disahkan maut di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk dibedah siasat,” katanya.

Menurutnya tiada tangkapan dilakukan setakat ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

http://www.hmetro.com.my/node/8476
 
kire cite nye die kene hon due kali ke..? 1st sbb die kuar simpang melulu.. 2nd sbb lori tu marah punya hal,g bunyi hon betul2 kat sebelah?
so kira siapa yang salah sekarang?

tpi aku slalu gak kene hon ngn lori.. mmg gelabah beb.. bunyi dah la kuat amat..
 
“Apabila lori itu berada di sebelah kiri mangsa, pemandu lori membunyikan hon membuatkan mangsa terkejut lalu terbabas ke bahagian bawah lori bermuatan 10 tan itu.

cilakak punya driver lori..
agak2 la nk bunyi hon dekat2..
motor pulak. tu..

taw la motor tu salah dulu..
 
takziah.
memang terkujat la kalau kena hon lori.
selalu kat kawasan2 kampung ni diorang keluar simpang ikut suka, yg naik motor selalu tk pakai helmet.

ada kawan aku dulu, masa lori/treler tu sedang memotong tiba2 tayar lori tu meletup..... terkejut beruk sampai terbabas kat tepi jalan, nasib tak masuk bawah lori.
 
innalillah..takziah pada keluarganya..
 
jpj kene kuat kuasa.. hon lori kene sama dengan kereta.
 
Back
Top
Log in Register