BasicCX
Super Active Member
- Messages
- 6,223
- Joined
- Sep 8, 2008
- Messages
- 6,223
- Reaction score
- 172
- Points
- 73
Mati peluru tembus kepala
IPOH: Ibarat adegan dalam filem Hollywood, seorang lelaki berjaket dan memakai topi keledar berpenutup penuh memberhentikan motosikalnya sebelum berjalan dengan selamba di kawasan dipenuhi orang ramai lalu melepaskan satu das tembakan tepat ke arah kepala seorang lelaki, lewat malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu, seorang penjual telur mati selepas ditembak dipercayai pembunuh upahan ketika mangsa minum bersama beberapa rakannya di sebuah kedai kopi di Taman Syabas, Bercham.
Choong Gee Kong, 52, berasal dari Taman Ipoh Garden East, mati serta- merta di tempat kejadian akibat tembakan itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata berdasarkan keterangan saksi, seorang lelaki memakai jaket dan bertopi keledar berpenutup penuh tiba di tempat kejadian.
“Sebaik memberhentikan motosikalnya, suspek berjalan ke arah mangsa lalu melepaskan tembakan ke kepalanya pada jarak dekat tanpa memberi sebarang amaran.
“Suspek melarikan diri dengan memecut motosikalnya. Ketika kejadian, mangsa minum bersama beberapa rakannya di kedai kopi berkenaan,” katanya.
Mohd Dzuraidi berkata, beberapa rakan mangsa tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa menyelamatkannya kerana kejadian berlaku terlalu pantas.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.
Beliau berkata, sehingga kini polis masih menyiasat motif di sebalik pembunuhan itu.
Sumber: H.Metro