BTC USD 60,786.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mati ditembak sebelum merompak

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KULIM - Empat penjenayah termasuk tiga bekas banduan yang baru dibebaskan mati ditembak polis ketika disyaki merancang untuk melakukan rompakan di Bukit Kukus, Lunas di sini semalam.

Kesemua lelaki itu ditembak mati selepas seorang daripada mereka melepaskan tembakan ke arah polis manakala tiga lagi suspek cuba menyerang polis menggunakan parang sebaik menyedari mereka dikepung di satu jalan mati di Bukit Kukus.

Keempat-empat suspek yang mati ditembak ialah M. Jayaselan, 29, dan R. Ramesh, 20. Kedua-dua mereka berasal dari Kampung Lengkuas, Pokok Sena, Kedah.

Dua lagi, S. Chandrapathy, 26, berasal dari Taman Intan, Sungai Petani dan P. Suresh Sinasamy, 27, berasal dari Batu Caves, Kuala Lumpur.

Kejadian yang berlaku pada pukul 10.30 pagi itu menggemparkan orang ramai yang melalui jalan utama menghala ke Kulim-Lunas sehingga menggakibatkan kesesakan lalu lintas lebih lima kilometer.

Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, polis mulanya menerima maklumat mengenai sebuah kereta Proton Waja yang dilihat mencurigakan berlegar-legar di Bukit Kukus.
 
kebanyakan spesis ni memang keje menyamun...
 
Syabas PDRM... satu berita yg buat aku lebih bersemangat utk memulakan hari ini.... sebelum saudara mara & kawan2 aku kena rompak... biar dia semua mamp0s dulu...syabas sekali lagi PDRM...
 
suspek yang mati ditembak ialah M. Jayaselan, 29, dan R. Ramesh, 20. Kedua-dua mereka berasal dari Kampung Lengkuas, Pokok Sena, Kedah.

Dua lagi, S. Chandrapathy, 26, berasal dari Taman Intan, Sungai Petani dan P. Suresh Sinasamy, 27, berasal dari Batu Caves, Kuala Lumpur.

huhu tembak jekk.. tahniah PDRM..
 
tahniah pdrm kerana ketangkasan anda
 
Back
Top
Log in Register