roBUST
Legendary Member

- Messages
- 12,406
- Joined
- Oct 13, 2008
- Messages
- 12,406
- Reaction score
- 136
- Points
- 123
RAWANG: “Saya sempat mengajar ayah mengucap dua kalimah syahadah selepas nazak ketika dalam perjalanan menghantarnya ke klinik,” kata Amin Nen, 42, menceritakan detik cemas memangku arwah ayahnya, Nen Ariffin, 72, yang ditikam dengan pisau Rambo seorang lelaki yang menyamun rumah ibu bapanya, kelmarin.
Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam ketika bapanya baru pulang menunaikan solat Maghrib di surau berdekatan rumahnya di Jalan Kembojasari 2, Bandar Baru Sungai Buaya di sini. Katanya, secara tiba-tiba muncul seorang lelaki dan wanita yang kononnya ingin mencari rumah sewa di kawasan itu.
Dia berkata, ketika itu, arwah ayah tidak menyedari mereka yang berusia 30-an berniat menyamun mereka.
“Lelaki itu yang bersenjatakan pisau Rambo mengugut arwah menyerahkan barangan berharga. “Ini menyebabkan berlaku pergelutan sebelum arwah ayah ditikam di perut. Sebaik menyedari arwah rebah dan menahan kesakitan, pasangan terbabit melarikan diri dengan sebuah Proton Iswara berwarna kelabu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Menurutnya, sebelum itu, pasangan terbabit dipercayai sudah memasuki rumah dan mengugut ibunya untuk menyerahkan barangan berharga sebelum arwah ayah pulang ke rumah.
Amin berkata, mereka melarikan barangan kemas dan sebuah komputer riba.
Dia berkata, arwah cuba mengejar mereka, namun gagal sebelum ditemui terbaring berlumuran darah di depan rumah.
“Jiran cuba membantu membawa arwah ayah ke sebuah klinik di Bandar Bukit Sentosa dekat sini, namun gagal diselamatkan kerana berlaku pendarahan yang banyak,” katanya. Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Buaya kira-kira jam 5 petang semalam selepas bedah siasat di bilik mayat Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) kira-kira jam 10.30 pagi.
“Saya sempat memangku ayah sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke klinik,” katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Rashid yang dihubungi mengesahkan kejadian itu. Katanya, polis menemui satu barang bukti iaitu telefon bimbit model Nokia yang dipercayai milik seorang suspek yang tercicir di kawasan kejadian. “Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.