BTC USD 83,262.7 Gold USD 4,185.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mati Di Tembak Perompak

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,788
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,788
Reaction score
7,754
Points
916
19.04.2019 - Selangor, Penyelia kedai emas di pasar raya di Seri Kembangan, mati selepas ditembak penjenayah yang merompak premis terbabit, hari ini.

Dalam kejadian 7.13 malam itu, mangsa berusia 28 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat ditembak di dada.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, empat penjenayah terbabit dilihat memasuki perkarangan pasar raya berkenaan menaiki dua motosikal.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi, tiga daripada suspek yang memakai topi keledar tutup muka penuh serta ‘vest’ pantul cahaya memasuki pasar raya itu dan pergi ke kedai emas berkenaan.

“Seorang lagi suspek pula menunggu di luar pasar raya berkenaan. Ketika kejadian, mangsa bersama dengan seorang lagi pekerja wanita berada di dalam premis terbabit.

“Seorang daripada suspek melepaskan satu das tembakan mengenai dada mangsa selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan penyelia kedai emas berkenaan yang tidak mengendahkan arahan mereka,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Fadzil berkata, kesemua suspek kemudian melarikan diri bersama empat dulang barang kemas.

“Kejadian itu berlaku amat pantas, kira-kira dua hingga tiga minit. Siasatan awal mendapati suspek itu menggunakan pistol semi auto berdasarkan penemuan satu kelongsong peluru di lokasi.

“Usaha memburu suspek sedang giat dijalankan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana membunuh serta melakukan samun berkumpulan menggunakan senjata,” katanya.

Screenshot-115.jpg


Screenshot-118.jpg


Screenshot-116.jpg






Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2019/04/446605/mati-ditembak-perompak
 
Last edited:
kalo jadi hero tumpaskan perompak pakai pistol hidup agak agak dapat pingat x.. kena pula dapat takek tangan bagi putuih agak perompak buat kes lawan kita x?
 
ramai betul dan mudah betul nak ada senjata api skrg... ada jual kat pasar malam ke?
atau dh ada kedai sewa pistol skrg ni ... :-?
takziah ...
 
kalo jadi hero tumpaskan perompak pakai pistol hidup agak agak dapat pingat x.. kena pula dapat takek tangan bagi putuih agak perompak buat kes lawan kita x?

Ada ja bro pingat tu ngn sijil.....try la klau nk hahahah
 
Hukuman mati dah mansuh. Perompak bunuh org rilek ja.
 
Back
Top
Log in Register