BTC USD 82,332.7 Gold USD 4,184.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mati berbual

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,872
Points
1,831
Melaka: Suasana lobi sebuah hotel di Taman Melaka Raya, di sini, bertukar pilu apabila sekumpulan warga Indonesia tidak dapat menahan kesedihan selepas seorang daripada rakan mereka meninggal dunia di lobi itu, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, mangsa, Sukijo, 64, dari Taluk Kuantan, Jakarta Barat yang duduk di kerusi di lobi berkenaan rebah secara tiba-tiba ketika berbual dengan adik perempuannya Faridawati, 60.

Difahamkan, mangsa bersama 11 lagi rakan ke bandar raya itu bagi mendapatkan khidmat rawatan perbuatan di hospital swasta di negeri itu.

Menurut Faridawati, ketika kejadian, dia bersama suami dan abang duduk di kerusi itu menunggu rakan lain untuk keluar makan malam.

pix_gal1

Foto
JENAZAH Sukijo diperiksa pegawai penyiasat.


“Beliau ada menghidap penyakit jantung, malah pagi tadi (kelmarin) dia baru berjumpa doktor dan ketika duduk menunggu rakan lain mendiang tiba-tiba terduduk sebelum rebah.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Matiberbual/Article/index_html
 
sakit jantung.. pembunuh no 1..
 
aik, mendiang ke???

biar betul wartawan metro nih...
 
Bila2 masa je boleh mati bila dah sampai masanya
 
masalah jantung nih..
 
tengok tajuk ingat mati sebab berbual.. mati sakit jantung semasa berbual rupanya.. haish..
 
Mediang?? Yg bertudung tu adik dia..Islam,,

Stadard agama indon ke apa ni..agama ambil sekerat-Serekat...
 
Back
Top
Log in Register