BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mati berarak

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Kota Bharu: “Saya sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sebelum dia meninggal dunia beberapa minit kemudian,” kata Mohd Azhar Md Nor, 32, abang Mohd Arman Md Nor, 25 yang maut dalam kemalangan jalan raya selepas menyertai perarakan parti politik menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), semalam.


Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, rakan Mohd Arman, Muhammad Khairuddin Shariff Abd Rahman, 21, turut maut manakala tiga lagi rakan mereka berusia antara 21 hingga 23 tahun, cedera ringan.

Mohd Arman dari Kampung Beris Jambu di sini, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Muhammad Khairuddin meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) akibat cedera parah di badan.

Mayat kedua-dua sahabat itu dibedah siasat di HRPZ II sebelum dituntut keluarga masing-masing untuk dikebumikan.


xpix_gal1.pagespeed.ic.hAq9KuFC_1.webp

KERETA Proton Wira dinaiki lima lelaki terbabit dalam kemalangan di Tanjong Mas, semalam.


Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira dipandu Mohd Arman cuba mengelak motosikal di hadapannya sebelum terbabas dan merempuh sebuah jip yang diletak di tepi jalan sebelum melanggar pokok.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Matiberarak//Article
 
takziah kpd keluarga mangsa. al-fatihah
 
Back
Top
Log in Register