balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Gambar dikeluarkan Hirotaka Osawa menunjukkan AgencyGlass yang mempunyai skrin OLED. - Foto AFP
Tokyo: Bagi yang tidak mahu menunjuk atau melahirkan kepada orang lain mengenai apa yang difikirkan, saintis Jepun mencipta mata digital yang boleh menonjolkan rasa suka dan marah, malah bosan.
Sebaris dengan ciptaan aneh dan tidak begitu praktikal, Hirotaka Osawa, mendedahkan rekaannya, AgencyGlass.
“Saya mahu membina sistem yang mampu menunjukkan tindak tanduk sosial untuk manusia,” katanya.
Seperti robot lain yang boleh mengurangkan keperluan buruh fizikal, AgencyGlass, yang kelihatan seperti dua skrin televisyen kecil dalam rangka kaca mata, bertujuan mengurangkan tuntutan emosi pengguna dengan melakukan gerakan mata untuk mereka.
Kedua-dua skrin organik diod pemancar cahaya (OLED), yang disambung dengan pengesan gerakan dan kamera luar, menunjukkan sepasang mata yang boleh membuat hubungan mata ketika pemakai sebenarnya melihat ke arah lain. - AFP