BTC USD 81,719.4 Gold USD 4,105.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mat Sabu ditahan

jimie lee

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
5,244
Joined
Jul 1, 2011
Messages
5,244
Reaction score
839
Points
111
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, ditahan untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub (kiri), berkata Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada jam 7.30 petang tadi dan dibawa ke IPK Pulau Pinang.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tiba di IPK Pulau Pinang pada 8.30 malam dan dilihat meninggalkannya ibu pejabat polis itu pada 9.05 malam selepas keterangan beliau diambil.
Menurut Ayub, pemimpin PAS itu akan didakwa berikutan terdapat lebih 1,000 laporan dibuat terhadapnya berikutan ucapan kontroversialnya pada sebuah ceramah diTasek Gelugor pada 19 Ogos lalu.

"Laporan dibuat oleh waris polis yang kecewa dengan kenyataan Mat Sabu,” katanya pada sidang media di Georgetown.

“Saya gesa semua pihak supaya bertenang agar proses undang-undang dapat dijalankan,” katanya.

Petang tadi, peguam pemimpin PAS itu, Hanipa Maidin berkata, anak guamnya dimaklumkan pihak polis bahawa beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok.

Ini berikutan ucapannya berhubung isu Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong yang akan dituduh mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu melaporkan pemimpin parti Islam itu dalam ceramahnya di Pulau Pinang sebagai berkata, Mat Indera wira sebenar dalam tragedi itu dan bukannya "polis British".

Ucapan itu mencetuskan kontroversi besar dan dikritik pelbagai pihak, terutamanya pemimpin BN dan meleret kepada polemik kemerdekaan negara dan sama ada negara ini pernah dijajah.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

malaysiakini
 
tak habis-habis mat sabu ni

Bila polis atau kerajaan nak tangkap hajjah sitt al wuzara pulak?

dah terang si kfir ni hina ALLAH, hina nabi Muhammad SAW...apa pasat tadak tangkap sama itu orang?
 
semoga Allah melindungi abg mat sabu kita.
 
Bila polis atau kerajaan nak tangkap hajjah sitt al wuzara pulak?

dah terang si kfir ni hina ALLAH, hina nabi Muhammad SAW...apa pasat tadak tangkap sama itu orang?


kalau hina melayu jer cepat .. puak2 parti taik umngok ni .. islam tolak ketepi dulu .. :(scam
 
Bila polis atau kerajaan nak tangkap hajjah sitt al wuzara pulak?

dah terang si kfir ni hina ALLAH, hina nabi Muhammad SAW...apa pasat tadak tangkap sama itu orang?
betoi kasi tangkap betina ni............
 
skrg ni bangsa melayu diangkat paling atas... agama islam ditolak tepi..
 
diorg ni suka sangat la mempermainkan agam Islam...apa motifff...huhuhuuhuhuhuu
 
betul2..ni semua angkara puak2 mangkok hayun tu..puak tak faham bahasa.

puak mangkuk hayun yg mana tu?:-?
ce citer kasi terang sket al maklum lah kat sini bukan semua nya celik, ada yg rabun, ada yg tak nampak langsung

ce citer ce citer
 
Back
Top
Log in Register