BTC USD 82,302.9 Gold USD 4,157.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mat Sabu ditahan

puak mangkuk hayun yg mana tu?:-?
ce citer kasi terang sket al maklum lah kat sini bukan semua nya celik, ada yg rabun, ada yg tak nampak langsung

ce citer ce citer

puak mana lg yg menaikkan bangsa dan mengenepikan islam..mangkok hayun umno tu lah.
 
Bila polis atau kerajaan nak tangkap hajjah sitt al wuzara pulak?

dah terang si kfir ni hina ALLAH, hina nabi Muhammad SAW...apa pasat tadak tangkap sama itu orang?

setuju... bila belah pembangkang... selaju kilat ! :mad:
 
Mat Sabu mengaku tak bersalah

d07571aeb723b14f81407ab4b0d46632.gif


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu.

Beliau mengaku tidak bersalah, sebentar tadi.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Selain itu, beliau turut berdepan dengan pertuduhan pilihan mengikut seksyen sama dengan dakwaan memfitnah tiga anggota polis yang mempertahankan diri dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.
Pihak pendakwa meminta jaminan RM50,000 dikenakan ke atas Mohamad tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan pemimpin PAS itu engan RM15,000 sehingga hari perbicaraan.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin kemudiannya menetapkan sebutan kes paad 27 Oktober dan perbicaraan daripada 5 Disember hingga 9 Disember.

Ketika diminta mengulas, Mat Sabu berkata beliau telah menjangkakan tindakan mahkamah itu.

"Kes ini adalah mengenai interpretasi sejarah dan sepatutnya diselesaikan melalui dialog dan debat, bukannya di mahkamah.

"Bagaimanapun, oleh kerana ia adalah kes mahkamah, kita akan berdepan dengannya,” katanya.

Menurut Mat Sabu, kerajaan mula kehilangan sokongan rakyat, khususnya golongan muda dan terpaksa menggunakan kekerasan dan undang-undang bagi mengurangkan pengaruhnya.

Sementara itu, ratusan penyokong pemimpin PAS berkumpul di luar pekarangan mahkamah sejak jam 8 pagi tadi bagi memberi sokongan.

Turut kelihatan Timbalan Pesuruhjaya PAS I negeri, Khalid Man dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.

Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu melaporkan pemimpin parti Islam itu dalam ceramahnya di Pulau Pinang sebagai berkata, Mat Indera wira sebenar dalam tragedi itu dan bukannya "polis British".

Ucapan itu mencetuskan kontroversi besar dan dikritik pelbagai pihak, terutamanya pemimpin BN dan meleret kepada polemik kemerdekaan negara dan sama ada negara ini pernah dijajah.

malaysiakini.
 
macam takde isu lain yg lebih penting kepada rakyat.
 
masalah murtad, hina islam...dan lain2 kena di ambil tindakan dulu, diutamakan...bila sentuh soal bangsa, nasional, itulah yg diutamakan...
 
019243996.jpg


Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri malam Selasa berhubung ceramahnya mengenai Mat Indera di sini. Beliau yang juga dikenali Mat Sabu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth pada Rabu mengenai kenyataan kontroversi pada 21 Ogos lepas.-Foto BERNAMA
 
umco sanggup pertahankn merdeka dari pertahankn agama..

semata2 nk dptkn maruah politik...kerana nama..

umco parti sampah 4 ever!!!!
 
Bila polis atau kerajaan nak tangkap hajjah sitt al wuzara pulak?

dah terang si kfir ni hina ALLAH, hina nabi Muhammad SAW...apa pasat tadak tangkap sama itu orang?

biasela depa2 ni bukan amik taw pon pasal tu..:(scam mapuh umNO!
 
Back
Top
Log in Register