BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mat Sabu calon Pas?

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Pas dijangka mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir pada Khamis ini.

Sumber parti itu berkata, jawatankuasa parti telah menyerahkan senarai nama calon kepada jawatankuasa pusat dan lima nama telah disenarai pendek.

Lima nama itu ialah Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Salleh Man; anggota Jawatankuasa Pusat Pas, Mohamad Sabu; Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Rosidi Hussain; Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd. Yusni Mohd. Piah dan pembantu khas kepada Allahyarham Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman, Shamsul Kamal Sahpie.

Sumber dalaman parti berkata, Salleh dan Mohamad Sabu, yang merupakan anak tempatan, adalah calon pilihan tetapi Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai 'Abang Mat' atau 'Mat Sabu' dikatakan pilihan utama.

"Kebanyakan anggota jawatankuasa pusat positif dengan pemilihan Mat Sabu sebagai calon parti yang akan bertanding pada pilihan raya kecil ini tetapi mereka menyerahkannya kepada presiden parti untuk keputusan akhir," katanya. - Bernama.
 
rndu aku kat abg mat.....

slalu gak dgr ceramah dia.....
 
elok la tu abg mat.. pegang jawatan tanpa ada kerusi pun x manis dipandang gak..
 
elok la tu abg mat.. pegang jawatan tanpa ada kerusi pun x manis dipandang gak..

candra muzafa ada kerusi pun tarak jawatan...tapi kerusi roda la :))
 
aku pening tgk politik malaysia.sbb tue aku malas amik tau. :p
 
aku pening tgk politik malaysia.sbb tue aku malas amik tau. :p
Bahaya tu boss kalau org Melayu sendiri x mau amik tau hal politik dinegara sendiri sedangkan kaum lain berpusu-pusu nak daftar sbg pemilih.. last2 dpt la calon YB dari kaum lain walaupun majoriti setempat adalah dari kalangan bangsa Melayu sendiri.. bila dah jadi mcm ni,tergugat la hak keistimewaan org Melayu.. kaum lain pun akan lantang bersuara menuntut hak yg bukan2.. dah la tu, nak hapus ISA plak.. makin bermaharajalela la puak2 tu..
 
mat sabu ceramah memaki hamun org... busuk punyer org..
 
Back
Top
Log in Register