jimie lee
Permanently Banned - Multiple ID

- Messages
- 5,244
- Joined
- Jul 1, 2011
- Messages
- 5,244
- Reaction score
- 839
- Points
- 111
Kecederaan dialami Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu bukan lakonan mahupun dibuat-buat untuk meraih simpati, sebaliknya ada bukti kukuh yang menyokong kebenaran laporan dilakukan.
Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah, Dr Ismail berkata, rakaman video dipaparkan polis kepada media mungkin kurang jelas, namun berdasarkan laporan polis dibuat Mat Sabu menceritakan perkara sebenar.
“Apa yang dilaporkan Mat Sabu adalah benar seperti yang beliau laporkan pada polis dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). Tengok sahaja bukti rekod perubatan yang mengesahkan beliau terpaksa menjalani pembedahan ekoran ligamen terkoyak dan dimasukkan skru. Mana ada orang sengaja minta dibedah,” katanya.
Menurutnya, sehingga kini Mat Sabu masih menggunakan kerusi roda dan dijangka mengambil masa enam minggu untuk kembali pulih.
“Kami kesal apabila laporan media memutar belit fakta malah keadaan Mat Sabu yang berkerusi roda juga dikatakan tipu,” katanya.
Sebelum ini, Mat Sabu tampil mempertahan kenyataannya apabila mendakwa sebuah kenderaan polis merempuh motosikal diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Malah dakwanya, tayangan video dipaparkan polis untuk menyangkal tuduhan mengenai kemalangan itu adalah tidak benar.
Mat Sabu berkata, gambar Proton Waja polis yang merempuhnya ketika itu tidak kelihatan kerana Pajero polis berada di hadapan.
Berikutan itu, Mat Sabu mengarahkan peguam Pas, Mohamed Hanipa Maidin menyaman Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Saleh Mat Rashid yang melemparkan tuduhan itu.
http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story9387208.asp