BTC USD 60,958.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mat Sabu akan didakwa

jimie lee

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
5,244
Joined
Jul 1, 2011
Messages
5,244
Reaction score
839
Points
111
Polis telah menyiapkan kertas siasatan terhadap timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang didakwa berkata pengganas komunis yang menyerang dan membunuh anggota polis dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob (kanan) berkata kertas siasatan itu dihantar ke Bukit Aman hari ini untuk diteliti dan akan dirujuk kepada pejabat pendakwa raya dalam tempoh terdekat.

Katanya polis telah mengambil keterangan daripada timbalan presiden PAS itu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, Ahad lalu.

"Polis turut merekodkan 68 kenyataan daripada pemberita, saksi bebas serta mereka yang membuat laporan polis terhadap beliau bagi melengkapkan siasatan dan sama ada beliau akan didakwa atau tidak, ia bergantung kepada Pejabat Pendakwa Raya," katanya dalam sidang akhbar di Georgetown hari ini.

Beliau berkata Mohamad Sabu turut disiasat menurut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menggemparkan masyarakat.

Sehingga semalam, sebanyak 266 laporan polis terhadap Mat Sabu telah diterima di seluruh negara, kata Ayub.

Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, dipetik sebagai berkata pengganas komunis yang membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Beliau enggan menarik balik kenyataannya dalam ceramah itu walaupun diminta berbuat demikian oleh pelbagai pihak termasuk rakan sekutunya yang juga pengerusi DAP Karpal Singh.

- Bernama
 
siasat la cik oi...xde herannya pun..dh terang lagi bersuluh..x wat keje kang kene tendang pedalaman...huahuahua
 
kalau tak silap aku mat sabu nie dah lalui 5 kes mahkamah...semua dia didapati tak bersalah..cuma ada 1 saja kes lagi yg belum habis
 
mat sabu punya kes, dia sertakan fakta...-nak dakwa

kes namewee - dah sah2 kes menghina lagu kebangsaan -langsung tak diambil apa2 tindakan..

wajarkah?
 
kalau bukan ahli politik yg kuarkn isu mat indera tu..aku rase umno x kan mlalak pon...
 
cepat jer polis buat keje kalao PR buat salah ye
 
mat sabu suka jer lau naik mahkamah.. pasni sumer terbeliak bijik mata tentang segala penipuan umno dgn sejarah..
 
mat sabu punya kes, dia sertakan fakta...-nak dakwa

kes namewee - dah sah2 kes menghina lagu kebangsaan -langsung tak diambil apa2 tindakan..

wajarkah?
x wajar....
 
xder nye mad sabu tu nk takuttt...[-(
 
mat sabu punya kes, dia sertakan fakta...-nak dakwa

kes namewee - dah sah2 kes menghina lagu kebangsaan -langsung tak diambil apa2 tindakan..

wajarkah?

hisamuddin takut ngat... :)
ntoh mnde2 jer...aku bengang gak ngn namwee nape xder pape tindakan...

kalu kat orang melayu(bawah kerajaan) bukan maen lagi hisamuddin tnjuk hero..tetibe kene ngn orang..cina..tunjuk telo....
 
Back
Top
Log in Register