abahmu
Legendary Member

- Messages
- 17,951
- Joined
- Feb 21, 2007
- Messages
- 17,951
- Reaction score
- 126
- Points
- 123
Buat julung kalinya, golongan mat rempit di Terengganu diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri untuk menganjurkan sebuah program menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini.
Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata persetujuan itu susulan pertemuan khas beliau bersama golongan mat rempit yang menyuarakan hasrat dan kehendak mereka kepada pimpinan kerajaan negeri.
"Secara dasarnya, bagi saya, mereka ini adalah aset negeri dan wajar untuk kita menyantuni mereka dan mendengar luahan mereka agar satu anjakan paradigma boleh diambil ke arah perubahan positif.
"Ini adalah satu permulaan untuk kerajaan negeri bersama-sama membangunkan modal insan di kalangan golongan ini dan pastinya akan memberi impak positif kepada kedua-dua pihak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco semalam.
Tegas beliau, daripada 2,000 anggaran mat rempit yang sering dilaporkan, hanya sebilangan kecil sahaja yang melakukan pelbagai aksi berbahaya, bakinya hanya sekadar menonton sahaja.
Mengulas lanjut, Ahmad Razif berkata beliau juga akan mengadakan pertemuan susulan dengan wakil-wakil mat rempit untuk meneruskan pelbagai program pembangunan yang melibatkan tenaga dan idea golongan itu.
"Cadangan untuk memperkasakan aktiviti sukan permotoran di negeri ini sentiasa menjadi keutamaan dan mereka ini boleh menunjukkan bakat dalam pelbagai aktiviti sukan yang akan dianjurkan.
"Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan gejala negatif akibat aktiviti merempit di jalanan dan memberi keselesaan di kalangan pengguna jalan raya yang lain," katanya.
- Bernama