BTC USD 60,762.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mat rempit hilang taring

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
GEORGETOWN - Kehebatan aksi samseng jalanan mempamerkan pelbagai lagak ngeri, akhirnya membawa padah apabila seorang daripada mereka parah selepas motosikal ditunggangi merempuh tiang lampu.

Insiden berlaku selepas dia panik melihat kehadiran polis peronda di Persiaran Padang Kota, di sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa bersama kumpulan mat rempit terbabit, dikatakan terkejut dengan kehadiran kereta peronda polis sebelum memecut motosikal untuk melarikan diri.

Menurut sumber, dalam keadaan kelam kabut itu, mangsa menunggang motosikal bersendirian, secara tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas hingga melanggar tiang lampu di tepi jalan.

“Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah dan dua rakannya yang melihat kejadian itu terus memberhentikan motosikal dan cuba memberi bantuan awal.

“Bagaimanapun, mangsa dikatakan mengalami kecederaan agak teruk itu, hanya mampu mengerang kesakitan dan dua rakannya terus menghubungi ambulans yang tiba tidak lama kemudian,” katanya.

Sebelum itu, dipercayai ratusan mat rempit berkumpul di kawasan terbabit dan mereka memang menjadikan malam minggu sebagai lokasi untuk menunjukkan pelbagai aksi dengan menunggang secara berbahaya.

Ada kalangan mereka ini hanya menjadi penonton dan sanggup berjaga hingga awal pagi semata-mata untuk melihat pelbagai aksi ‘berani mati’ rakan lain.

Golongan mat rempit ini juga dikatakan akan menukar haluan, sekiranya anggota polis melakukan rondaan dan akan berpecah dalam beberapa kumpulan sebelum bertemu kembali d lokasi yang sudah dijanjikan.
 
kesian.....x pasal pasal parah.hati remaja ...
 
mat rempit sarkis nie...:D :D

nampak polis terus tak fokus...
 
ni bukan mat rempit,adnan sempit tu..
 
ni yg masuk tv semalam..haa3..org ramai tengok je..yg gelak pun ada..
 
mat rempit ni kalau masuk Red Bull Xtreme Sports tu lagi jauhhh bagusss...menang dapat 1mil dollar....jadi mat rempit ni apa pun tarak, buat org lain maki ada laaa....
 
rempit lesen L jer ni...
 
Back
Top
Log in Register