BTC USD 85,614.6 Gold USD 4,164.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mat rempit dikepung

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Kesemua mat rempit gagal melepaskan diri.
< 1 / 1 >
BALING - Tindakan sekumpulan mat rempit melarikan diri ke dalam kawasan kebun tidak berhasil, setelah tindakan mereka dapat dihidu polis.

Kesemua mat rempit yang berusia 13 sehingga awal 20-an itu berjaya ditahan ketika memasuki kawasan kebun di Kampung Sera, kira-kira jam 5 petang semalam.

Dalam ops samseng jalanan itu, sebanyak 15 motosikal disita melibatkan pelbagai kesalahan, manakala salah seorang mat rempit ditahan atas kesalahan memiliki dadah.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hasan berkata, polis menerima banyak aduan penduduk mengenai kumpulan terbabit yang sering mengganggu ketenteraman awam di Jalan Baru Kulim-Baling.

“Bukan sahaja merempit, malah mereka sering membuat bising sehingga waktu berbuka puasa,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pihak polis telah membuat pemantauan sebelum operasi dan telah mengenal pasti setiap ‘jalan tikus’ yang digunakan mereka.

“Kita telah menempatkan anggota di setiap kawasan itu bagi memastikan kumpulan mat rempit itu tidak melepaskan diri,” katanya.

Katanya, operasi seperti itu akan diteruskan untuk membendung gejala mat rempit di daerah ini.

Operasi terbabit melibatkan 30 anggota dari semua jabatan dan diketuai oleh Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Baling Asisten Superintendan Md Nazir Osman dan dibantu oleh Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Baling, Inspektor Fauzeli Mohd Ali.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/mat-rempit-dikepung-1.189063
 
petang2 ronda2 keliling kampung ramai2 sebelum buka..klo amik angin je xpe..ni rem2 minyak..ak pun hangin
 
tu la..aku paling benci kalau duk satu geng..
time nak balik ramai2..ramai2 pakat rem motor..
apa kalau tak rem tak jalan motor tu?? ~X(
 
bawak moto elok2 xboleh ke?
buat bazir minyak moto jer
 
apa kelas rempit kat kebun kelapa sawit....hahahaha...
 
sita atau lupuskan saja moto mereka
 
image.jpg

Kesemua mat rempit gagal melepaskan diri.
< 1 / 1 >
BALING - Tindakan sekumpulan mat rempit melarikan diri ke dalam kawasan kebun tidak berhasil, setelah tindakan mereka dapat dihidu polis.

Kesemua mat rempit yang berusia 13 sehingga awal 20-an itu berjaya ditahan ketika memasuki kawasan kebun di Kampung Sera, kira-kira jam 5 petang semalam.

Dalam ops samseng jalanan itu, sebanyak 15 motosikal disita melibatkan pelbagai kesalahan, manakala salah seorang mat rempit ditahan atas kesalahan memiliki dadah.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hasan berkata, polis menerima banyak aduan penduduk mengenai kumpulan terbabit yang sering mengganggu ketenteraman awam di Jalan Baru Kulim-Baling.

“Bukan sahaja merempit, malah mereka sering membuat bising sehingga waktu berbuka puasa,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pihak polis telah membuat pemantauan sebelum operasi dan telah mengenal pasti setiap ‘jalan tikus’ yang digunakan mereka.

“Kita telah menempatkan anggota di setiap kawasan itu bagi memastikan kumpulan mat rempit itu tidak melepaskan diri,” katanya.

Katanya, operasi seperti itu akan diteruskan untuk membendung gejala mat rempit di daerah ini.

Operasi terbabit melibatkan 30 anggota dari semua jabatan dan diketuai oleh Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Baling Asisten Superintendan Md Nazir Osman dan dibantu oleh Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Baling, Inspektor Fauzeli Mohd Ali.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/mat-rempit-dikepung-1.189063

mcmla depa nie jer posa..org lain posa xde kecoh pun wat bising..
 
Back
Top
Log in Register