BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masjid VS Gereja

Untuk tatapan kita semua:-

Masjid vs Gereja...

Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Curi rm2 kena penjara. Mungkin yg melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.

Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam2 note. Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan.
Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil rm50 utk beli susu anak.

Aku call no yg dicatat. Sembang bbrp minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.

"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama.
Saya pun pergi tempat tu dgn dia."

Kenapa encik ambik limapuluh je. Bukan ada orang jaga pun?
"entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit utk tambang pusing2 cari kerja."

Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik?
"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus malam lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."

Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu. Encik masih kerja di situ?

"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan. "

Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul ratusan ribu tp ahli qariah ada yg dapur tak berasap.

Sumber - MukaBuku

baru lepas baca .. dah jumpa thread yang sama.
 
Sbb tu la org islam melayu ramai lg yg susah sbb masih mengharap pihak zakat dan baitumal kerana iman.
X pasal dpt dosa menteri yg jaga jkm
 
Naik malas nak cakap...

Benda ni dari waktu kecoh kes gereja sponsor sara hidup ibu tunggal di seremban lagi.



Persaingan antara Kristian dan Islam, bagi orang Islam kat Malaysia, esp. UMNO, ditanggapi dengan penghujatan dan ugutan-ugutan perundangan.

Persaingan bukan dengan kualiti, tapi dengan otot... who can flex the authority muscle the most wins.

Lupa agaknya, agama terletaknya di minda dan hati.

Mempromosikan agama itu adalah dengan memenangi minda dan hati prospek.
 
Back
Top
Log in Register