BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Masjid UPM jadi tempat main mobile legend

[VIDEO] Masjid IPTA jadi ruang pertandingan permainan video, daya tarikan ke rumah ibadah atau punca gangguan jemaah?


Tangkap layar dari rakaman pengguna TikTok yang kurang senang dengan penganjuran pertandingan tersebut.
KEPUTUSAN pihak pengurusan sebuah institut pendidikan tinggi awam (IPTA) sekitar Selangor untuk membenarkan penganjuran pertandingan terbuka permainan video atas talian menimbulkan perdebatan di media sosial.

Isu tersebut dibangkitkan seorang pengguna TikTok, Nabilah Hassan yang menyuarakan rasa kurang senang dengan kejohanan berkenaan dengan mengatakan ia akan mengganggu ketenteraman di rumah ibadah berkenaan.

"Terkejut sangat apabila masuk masjid, tiba tiba ada satu ruang, penuh penuntut main game tanpa menghiraukan orang keliling. Pada masa sama, ada dua jenazah bersedia untuk disolatkan di masjid.

"Admin pun bertemu polis bantuan, mereka pun tidak ok. Jadi, admin mahu jumpa pihak penganjur, tetapi akhir sekali, polis sudah selesaikan. Sungguh memalukan! Inikah hasil graduan menara gading sebuah universiti hebat dibanggakan di Malaysia?" tulisnya di ruangan kapsyen.

Video berdurasi 17 saat berkenaan memaparkan sepanduk kecil digantung sekitar pintu masjid memaparkan maklumat berkaitan pertandingan yang diadakan pada Sabtu dan Ahad dengan permainan itu dimainkan secara atas talian.

Selain itu, berdasarkan maklumat diperolehi, kejohanan terbuka itu menyediakan hadiah terkumpul mencecah RM1,900 serta token di dalam permainan tersebut yang pastinya menjadi daya tarikan penuntut di IPTA berkenaan.

Bagaimanapun, di sebalik rasa kurang senang dikongsikan, ada juga yang menyokong pihak penganjur dengan mengatakan pertandingan itu sudah mendapat kebenaran pihak masjid yang pasti menyediakan ruangan bersesuaian.

Pengguna media sosial lain turut beranggapan pendekatan itu wajar dicontohi kerana peserta akan tertarik untuk menyertai solat jemaah selain menjadikan rumah ibadah itu sebagai platform pelbagai guna.



Kanak-kanak sering meluangkan masa dan bermain di masjid.

"Kalau tengok pada awalnya, memang tidak elok tetapi cuba dilihat dari sudut mengadakan program sebegini di masjid. Sedang bermain dan tiba-tiba azan, boleh terus ke masjid. Dalam masa sama, boleh menarik penuntut untuk ke masjid," kata Kurma.

"Semasa zaman Nabi Muhammad dahulu, masjid jadi tempat mesyuarat, lokasi perayaan dan macam-macam lagi. Tidak mungkin jika perkara kecil sebegini tidak boleh. Kita sudah di abad ke-21, jadi perlu bergerak seiringan," kata Adam Daniel.

"Pada saya, okay sahaja kerana masjid ini bukan sahaja tempat beribadah, tempat riadah pun ikutkan tiada masalah. Mungkin lebih baik sekiranya yang bermain menggunakan peralatan sesuai untuk tidak mengganggu jemaah lain," kata Jack.

Sekiranya melihat dari skop lebih luas, masjid sering digunakan sebagai pusat masyarakat di luar negara apabila jemaah, termasuk pihak pengurusan sering meluangkan masa bersama kanak-kanak.

Ia secara tidak langsung dapat menyemai perasaan untuk hadir ke rumah ibadah dan menjadi ruangan terbaik untuk berbincangan mengenai permasalahan setempat serta berhubung ibadah.

Bagaimanapun, adab di masjid masih perlu dijaga kerana rata-rata yang hadir mempunyai niat untuk melakukan ibadah dengan gangguan sebegitu akan mengganggu khusyuk dan menjejaskan tujuan sebenar kewujudannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
 
MPP UPM perjelas dakwaan isu ruang solat masjid jadi lokasi karnival Mobile Legends

DIANA AZIS
Tular satu video di media sosial yang mendakwa pelajar bermain Mobile Legends di masjid sewaktu terdapat dua jenazah yang menunggu untuk disolatkan.
03 Jun 2025 12:01 pm
SHAH ALAM – Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (MPP UPM) menafikan dakwaan berhubung rakaman video tular yang mendakwa Masjid UPM dijadikan lokasi karnival permainan video Mobile Legends (ML) ketika terdapat dua jenazah yang sedia untuk disolatkan.

Yang Dipertuanya, Umar Akhtar Ab Malek menegaskan bahawa tuduhan tersebut adalah tidak benar dan mengelirukan, sekali gus mencetuskan salah faham terhadap pengurusan Masjid UPM serta pihak Pusat Islam.

Katanya, dakwaan itu bukan sahaja menjejaskan reputasi masjid, malah turut memberi imej negatif kepada universiti secara keseluruhan.

"Program tersebut merupakan aktiviti pelajar yang dijalankan dengan kerjasama Pusat Islam UPM dan asalnya dijadualkan berlangsung di Bilik Smart Classroom Masjid, dan bukannya di ruang solat seperti yang didakwa.

"Namun berlaku pertukaran lokasi ke kawasan luar bilik tersebut disebabkan kekangan ruang semasa program berjalan.

"Penting untuk saya nyatakan bahawa tiada sebarang jenazah berada di kawasan itu sewaktu aktiviti berlangsung, dan jenazah yang dimaksudkan hanya tiba setelah aktiviti dihentikan serta-merta bagi menghormati situasi berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sebelum ini, tular satu video di media sosial yang mendakwa pelajar bermain Mobile Legends di masjid sewaktu terdapat dua jenazah yang menunggu untuk disolatkan.

Dalam pada itu, Umar Akhtar tidak menafikan bahawa penganjur wajar bertanggungjawab atas pelanggaran garis panduan penggunaan ruang yang ditetapkan sehingga situasi tersebut telah disalah tafsir.

Beliau turut mengingatkan semua pihak, khususnya yang menganjurkan program di lokasi sensitif seperti masjid, supaya sentiasa mematuhi prosedur serta garis panduan yang ditetapkan pihak berautoriti.

"Kami akan terus cakna dan bertanggungjawab dalam memantau serta menyokong inisiatif pelajar bagi memastikan keharmonian dan profesionalisme kampus sentiasa terpelihara.

"MPP UPM komited untuk memastikan nama baik universiti terus terjaga,” ujarnya.
 
Back
Top
Log in Register