BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masjid Perlu Diberi Nafas Baharu, Libatkan Anak Muda Dalam Pentadbiran - Zulkifli

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,182
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,182
Reaction score
346
Points
141
772e6cceeefc2d6a961f5d104f52e5406992f9b202ce9

311da20cb5aa92c7960d637e03a713bf6992f9a489fe4

7d4e884c2cb892b382c48842a6ec6dc46992f99736e6a

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari (dua, kanan) menyempurnakan Majlis Prapeluncuran Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan di Menara KBS hari ini.
Turut sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hassan (tiga, kanan). --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Naratif masjid perlu berubah seiring peredaran zaman dengan memberikan ruang lebih luas kepada golongan muda untuk memainkan peranan dalam pentadbiran dan pengimarahan institusi itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata penglibatan anak muda tidak seharusnya terhad kepada tugas-tugas rutin seperti melipat sejadah atau menyusun meja, sebaliknya perlu diperluas kepada peranan lebih strategik bagi memacu profesionalisme dan keupayaan pengurusan masjid.

"Kita mahu melihat anak muda mengambil peranan sebagai pelapis pentadbiran masjid. Peranan orang muda hendaklah diperluas bagi memastikan keterlibatan mereka mampu memacu profesionalisme dan kemampuan masjid itu sendiri, lebih-lebih lagi dalam suasana dunia yang giat memperkenalkan teknologi kecerdasan buatan (AI).

"Kita mahu masjid menjadi hab komuniti yang menterjemahkan rasa kepunyaan terutama dalam kalangan anak-anak muda. Ruang masjid harus terbuka untuk aktiviti belia, diskusi ilmu, kesukarelawanan dan pusat kecemerlangan sosial merangkumi 10 gaya hidup di bawah Rakan Muda," katanya pada Majlis Prapeluncuran Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari.

Zulkifli berkata stigma bahawa tanggungjawab mengimarahkan masjid hanya dipikul golongan warga emas atau pesara perlu diperbetulkan dengan rasional dan tindakan berterusan.

"Saya menyeru anak-anak muda sekalian, janganlah kita membiarkan ayahanda dan bonda kita yang semakin lanjut usia memikul beban fizikal sendirian dalam menguruskan rumah Allah, sedangkan kita yang muda dan gagah perkasa ini hanya sekadar menjadi pemerhati atau jemaah yang pasif.

"Masjid memerlukan kudrat orang muda. Masjid mendambakan idea yang segar. Kita tidak mahu anak muda hanya datang ke masjid sebagai tetamu semata-mata, atau hanya hadir ke masjid apabila sudah tua, tetapi kita mahu tenaga muda itu diperah sekarang demi manfaat agama," katanya.

Sementara itu, Dr  Mohammed Taufiq berkata inisiatif Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan merupakan kerjasama strategik antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memperkukuh agenda pembangunan belia yang holistik dan berteraskan nilai Malaysia MADANI.

 
Back
Top
Log in Register