BTC USD 63,599.2 Gold USD 4,342.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masjid disimbah cat merah

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
image.jpg


MELAKA TENGAH - Mungkin gara-gara tidak dibayar gaji, Masjid Pokok Asam, Kampung Pinang, Batang Tiga, di sini disimbah cat merah dipercayai dilakukan pekerja kontraktor baik pulih dan naik taraf masjid tersebut.

Selain disimbah cat, beberapa bahagian dinding masjid turut ditulis perkataan ‘jelaskan gaji kami’ menggunakan cat merah.

Bekas pengerusi masjid tersebut, Mohd.Zan Mohd Amin, 68, berkata, beliau mengetahui perbuatan biadab itu setelah dihubungi penyelia projek itu kira-kira jam 10 pagi, semalam.

“Sebelum ini, subkontraktor projek ini pernah mem*beritahu saya bahawa dia *mengalami masalah *kewangan sehingga sukar membayar gaji pekerja akibat masih tidak *menerima bayaran daripada Kerajaan Negeri.

“Mungkin disebabkan *tidak dapat gaji, ada pekerja yang tidak puas hati dan melakukan perbuatan ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Zan berkata, pe*kerja subkontraktor projek ter*sebut itu berasal dari Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Sidang Kampung Pinang, Ramli Mohamad, 59, berkata, kerja membaik pulih dan menaik *taraf masjid itu telah bermula sejak setahun lalu dan hampir siap.

Menurutnya, sekiranya *tidak menerima gaji, pekerja terbabit tidak sepatutnya *menyimbah cat dan men*conteng dinding masjid se*mata-mata disebabkan tidak puas hati.

“Mereka sepatutnya berbincang dengan kontraktor terbabit dan mencari jalan penyelesaian.

“Menyimbah cat pada *dinding masjid boleh menimbulkan fitnah dan saya harap polis dapat mencari siapa yang melakukannya,” katanya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehuddin Abd Rahman *ketika dihubungi mengesah*kan menerima laporan itu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.


 
rustamtam xbyr ka? jgn la masjid plak jd tmpt tnjk xpuasht
adoi
 
salah kontraktor tue jugak..
dah tau kerajaan negeri lembap kasi wang ikhtiar la cri wang lain..
 
salah kontraktor tue jugak..
dah tau kerajaan negeri lembap kasi wang ikhtiar la cri wang lain..

dah tow tk de duit..buat apa amek projek..nanya pekerja jer..kalo aku pon angin kalo kerja tk bayo gaji..
 
Ni mesti Indon punya kerja nih...
 
Back
Top
Log in Register