BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masjid Baghdad dibom, 29 maut

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
BAGHDAD 29 Ogos – Seramai 29 jemaah puak Sunnah terbunuh setelah seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya ketika mereka sedang menunaikan solat di sebuah masjid di sini, semalam.

Jurucakap operasi ketenteraan Iraq, Mejar Jeneral Qassim Al-Moussawi mengesahkan letupan tersebut berlaku di dalam Masjid Um al-Qura ketika penduduk puak Sunnah sedang menunaikan solat di barat Baghdad.

Pegawai perubatan dan pihak berkuasa mengesahkan angka korban seramai 29 orang dan 38 cedera.

Dalam pada itu, ahli Parlimen Khalid al-Fahdawi yang juga merupakan anggota puak Sunnah disahkan turut terkorban dalam letupan tersebut.

Insiden terbaru itu dilihat sebagai pengulangan serangan yang berlaku pada 2006 terhadap tempat suci puak Sunnah di bandar Samarra yang hampir mencetuskan perang saudara di seluruh negara.

Berikutan serangan itu, Perdana Menteri Nouri al-Maliki menyeru warga Iraq untuk terus menentang keganasan.

“Saling bersatu padu dan menyokong pasukan keselamatan negara, kita mampu membendung masalah ini (keganasan),” katanya.

Sementara itu, Al-Moussawi berkata, serangan tersebut dipercayai berlaku kerana mendapat bantuan dari orang dalam.

“Pasti ada orang dalam yang terlibat ke atas serangan tersebut,” katanya. – APBAGHDAD 29 Ogos – Seramai 29 jemaah puak Sunnah terbunuh setelah seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya ketika mereka sedang menunaikan solat di sebuah masjid di sini, semalam.

Jurucakap operasi ketenteraan Iraq, Mejar Jeneral Qassim Al-Moussawi mengesahkan letupan tersebut berlaku di dalam Masjid Um al-Qura ketika penduduk puak Sunnah sedang menunaikan solat di barat Baghdad.

Pegawai perubatan dan pihak berkuasa mengesahkan angka korban seramai 29 orang dan 38 cedera.

Dalam pada itu, ahli Parlimen Khalid al-Fahdawi yang juga merupakan anggota puak Sunnah disahkan turut terkorban dalam letupan tersebut.

Insiden terbaru itu dilihat sebagai pengulangan serangan yang berlaku pada 2006 terhadap tempat suci puak Sunnah di bandar Samarra yang hampir mencetuskan perang saudara di seluruh negara.

Berikutan serangan itu, Perdana Menteri Nouri al-Maliki menyeru warga Iraq untuk terus menentang keganasan.

“Saling bersatu padu dan menyokong pasukan keselamatan negara, kita mampu membendung masalah ini (keganasan),” katanya.

Sementara itu, Al-Moussawi berkata, serangan tersebut dipercayai berlaku kerana mendapat bantuan dari orang dalam.

“Pasti ada orang dalam yang terlibat ke atas serangan tersebut,” katanya. – Agensi
 
nak raya pon diaorg dok bom lagi..tk leh sembahyang raya ler masjid tu
 
Apsal laaa sampai begitu sekali....
 
mungkinkah daripada puak2 syiah?
 
Ni mesti kerja salah sekor dari extremist muslim...........
 
Cabaran dan dugaan umat Islam apabila menjelang Eidulfitri, jika masjid nak solat solat Eidulfitri kawasan kita pagi nie di bom... apa perasaan kita yek?
 
apela nak jadi..
dah raya pon duk main2 bom lg..
 
byk2 la doa utk pejuang islam di sana.. moga Allah merahmati mereka.. amin
 
main mercun da la. ni siap2 main bom lagi. adehh..
 
Back
Top
Log in Register