BTC USD 81,129.1 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masalah penyewa.

juweialhaj

Super Active Member
Messages
8,521
Joined
Apr 1, 2011
Messages
8,521
Reaction score
94
Points
70
*kalo salah section mohon pindahkan mod*

Di sini saya ada satu kes tentang sewa menyewa yang memerlukan pendapat warga-warga CG yang berpengalaman. cerita ni mungkin kelam kabut. tapi saya cuba menerangkan satu persatu.

alkisahnya parents saya ada menyewakan sebuah premis berharga RM1350 sebulan. malangnya tidak mendapat penyewa yang betul-betul baik. enam bulan lepas die baru bayar 12 bulan lepas punye sewa. kire 6 bulan la tangguh. dan pada hari ini, 15/6 die belum membayar 6 bulan sewa. yang berjumlah RM8100.

pada malam tadi, 15/6 parents saya memanggil si penyewa untuk berbincang. sempat dengar sket2 je. walaubagaimanapun, perbincangan itu tidak berjaya nak dapatkan duit dari si penyewa itu. dan parents saya bertegas supaya bayaran dijelaskan esok juga.

perkara yang tersembunyi adalah si penyewa sudah berbulan-bulan tidak membayar bil elektrik! yang berjumlah lebih RM16k! dan yang paling worst adalah hutang tersubut atas nama parents saya. atas kekurangan pengalaman sewa menyewa ini parents saya tidak menukarkan nama kepada penyewa.

perkara yang keji pula adalah:
si penyewa telah meletakkan cek yang bertarikh di pejabat TNB yang bertarikh 31/5. beserta surat menukar nama bil tersebut. pada petang tadi, 15/6 parents saya pergi ke pejabat TNB bertanyakan tentang cek aritu. dan terkejut beruk apabila mendapati cek tersebut adalah cek tendang dan dikeluarkan dari akaun yang sudah ditutup! keji tak? bertambah keji apabila. hutang yang lama2 itu jatuh atas nama parents aku dan hakmilik telah berjaya ditukar! untuk lebih jelas. aku rasa kronologi die macam ni.
31 Mei: TNB pegi bank in kan cek
X Jun: TNB tukar nama
X Jun: TNB dapat surat cek tendang dari bank

so aku harap mana-mana yang bagi sewa kat orang tu dapat mengambil pengajaran dari perkara ni.

seterusnya aku mengharap kalo siapa2 ada pengalaman tentang perkara ni boleh bagi pandangan atau nasihat. lawyer ke orang TNB ke. harap dapat bantuan dari rakan2 cg. :)cgrock

update:
alhamdulillah jam 3.20ptg tadi penyewa dah hantar pekerja die bagi duit.

tapi still tidak memuaskan! bayar utk 2 bulan sahaja. ada lagi 4 bulan belum bayar!.

tadi parents bagi notice untuk selesaikan semua bayaran sewa sebelum 19/6.

ini belum setel pasal bil elektrik lagi nih. moga-moga dipermudahkan. #:-S

update! 22/6/11

tadi dalam jam 8 30 aku gi jumpe penyewa cakap parents aku naj jumpe. die mengelak2 kata tak nak. segan. pegi pun takleh bayar pun. lagipun next payment lg seminggu. tapi aku cakap ade mende lain nak dibincang. aku terus blah ape die merepek.

bapak aku call suh turun. dalam kol 9 lebih dia turun. so di sini segala temberang akan bermula.

tujuan malam ni parents aku jumpe sebab nak pancing pasal tunggakan TNB bernilai 12k lebih tu. setelah die meletakkan cek dari akaun yang telah ditutup.

penipuan teserlah apabila die mengaku die telah menarik cek 12k tuh dan menggantikan dengan 2 cek lain. bertarikh lain dan dari akaun bank lain. kebangangannye dan penipuannye teserlah apabila itu hanyalah cerita kosong semata-mata. parents aku dah dapat surat dari TNB yang menyatakan cek yang diletakkan tu adalah cek tendang dan dari akaun yang telah ditutup. rujuk gambar bawah:

so di alam manakah die tukar cek tu? nak je aku maki tadi. tapi sebab hormat ibu bapa punye pasal aku sabar tahan je. last2 mak aku ada cakap.
"bagi makcik la. kamu ni menipu. letak cek tendang. semua perancangan kamu da ni."
die jawab sambil buat2 senyum. "eh mane ade makcik, cek tu saya da tarik balik. sy da letak dua cek baru. tak tau plak baki tu tak pergi ke akaun saya."

nak termuntah aku dengar orang2 penipu ni cakap. aku die ingat sume orang bod.oh macam die ke?
 
Last edited:
untuk menjadikan sebagai pengajaran dan thread ni berguna, apa-apa nasihat yang relevan dan berguna aku akan quote kat sini.
 
Ada buat tenancy agreement x?...Hmm dah jadik cam nie mmg susah laa..aku pon x tau nak bagi nasihat camner...nak halau..konpem x bayar..aku rasa korang kena lock umah tuh termasuk brg2 dia semua. Terpaksa laa jual barang dalam umah dia utk cover balik bil2 tuh.
Sbb tu tenancy agreement penting bro..jgn sesekali biarkan tenant tunggak bayar bil umah or utility bill. Sebagai tuan rumah mmg nak kena strict ttg perkara nie..nothing personal.it's only biz.
 
bgs feedback ni. tenancy agreement ada. dalm TA setiap 15hb kene bayar. tapi. nak buat macam mana. parents saya baik orangnye. lembut hati. penyabar sangat :( sebelum2 ni bila dibawa berbincang. penyewa cerita bisnes tak maju la ape la. trus lupe da nak mintak hutang. For information. ni bgnn kedai. penyewa sewa 4 lot sekali. lot parents saya satu buah je. ke empat2 dah dipecahkan dinding utk disambung. so x dapat la nak lock2.
 
abis macamana dgn owner utk 3 lot lagi??:-?
 
abis macamana dgn owner utk 3 lot lagi??:-?

lagi 3 lot. owner chinese. bile kita panggil bincang. die boleh plak nak cerita owner laen da nak saman die lah. "padahal baru 3 bulan tak bayar. ngan aji 5 bulan tak de pun sampai gitu" dalam hati panas je. cerita die kene panggil mahkamah lah. ape lah. cerita susah2 tu yang parents aku cair tu. alahaii.
 
korek2 jumpe gak post lama yang agak berkaitan. harap dapat info kepada semua warga CG.

TQ TT ada thread ni :)paid

so aku nak kongsi satu situasi yang hampir sama jugak lah.

bezanya owner tak tukar nama kepada penyewa macam yang kes TT ni.
so ni bil untuk bulan 2. bil letrik ni sebanyak RM16K.
P1699_270311.jpg

Act owner da perasan bil ni tak berbayar dulu (dalam thn lepas). then buat call kpd TNB untuk ptg bekalan letrik. yes memang diorng potong but tak lama lps tu diorang sambung balik. so owner ingatkan dah clear la bil letrik tu pada 2010.

tapi lepas nampak bil ni owner trus g jumpe pegawai dekat TNB daerah. tanya kenapa tak potong. pegawai yang nak dijumpa tak dapat2 nak jumpa. orang bawahan nye cakap die pun tak tau kenapa tak potong. (so da syak macam ada rasuah kat sini).

then owner ambil inisiatif jumpe penyewa. sembang direct apa masalah semua. then tbuka cerita macam mana boleh die sambung letrik. rupa2 nye dia ada orang dalam dkt TNB daerah tu. tapi takde la cakap bagi rasuah ke pe. (syak rasuah tu semakin tinggi).

ble fikir balik. tak paham kenape penyewa tu nak cerita ttg orang dalam die. nak lari ke lepas ni? then kalo ada orang dalam buat apa sambung je. kasi clear la terus jumlah tertunggak tu kan.

owner lps sembang2 dgn penyewa baru la fikir perlu tukar nama. then pegi TNB nak tukar nama tak boleh. sbb memang kne clear kn dulu jumlah semua tu.

so paling latest. owner trus pegi ke TNB kat KL tu. sembang dengan pegawai tinggi jugak la. bgtau macam ada yang tak kene dengan TNB daerah. dan so on. pegawai tu marah depan2 dalam telefon TNB daerah tu.

dilema nye sekarang. bil tu tak settle lagi. nak suruh keluar dari bangunan tak sampai hati. sebab die bisnes. kalo ttp bisnes lagi la tak bayar. so apa kata korang? :-?
 
lagi 3 lot. owner chinese. bile kita panggil bincang. die boleh plak nak cerita owner laen da nak saman die lah. "padahal baru 3 bulan tak bayar. ngan aji 5 bulan tak de pun sampai gitu" dalam hati panas je. cerita die kene panggil mahkamah lah. ape lah. cerita susah2 tu yang parents aku cair tu. alahaii.

First of all..aku rasa..jgn bagi parents ko handle lagik..asik cair jer...pastuh pakat2 ngan owner2 kedai lain..dan sama2 saman dia. Maaf ckp..nampak sgt org tu amik kesempatan...Jgn tunggu lagi...nanti bil letrik sampai 30k..sewa jadik 24 bulan x bayar pon nak sabar lagi ker...seyes bro..kena tegaslaaa..
 
skrg ni cari owner yg lg 3 lot tu.. korang bleh berpakat nnt mcm mn..
 
First of all..aku rasa..jgn bagi parents ko handle lagik..asik cair jer...pastuh pakat2 ngan owner2 kedai lain..dan sama2 saman dia. Maaf ckp..nampak sgt org tu amik kesempatan...Jgn tunggu lagi...nanti bil letrik sampai 30k..sewa jadik 24 bulan x bayar pon nak sabar lagi ker...seyes bro..kena tegaslaaa..

tak boleh nak handle terus. aku sekarang bertegas sket2 dan rancang apa yang parents aku nak kene cakap before panggil orang tu bincang. alhamdulillah. tadi aku nampak parents aku da bertegas. bila si penyewa tu kate. "bukan aji, saya tengah tunggu duit share saya masuk ni.. bla2"
"dah itu saya tak nak dengar, yang penting esok saya nak issue cek"
so kite tengok apa jadi esok.

orang tu memang ambil kesempatan. confirm! dari mula saya dengar die bincang memang kaki pembelit ni. tapi nak buat macam mana masih diuruskan oleh parents. contoh lain:
parents saya tengok bil elektrik 3 lot yang lain. terkejut tengok semua lot takde hutang! sah ambil kesempatan ke atas orang melayu sendiri. geramnyeee:mad::mad:
 
Back
Top
Log in Register