BTC USD 80,867.1 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masalah lampu

sepek

Active+ Member
Messages
4,776
Joined
Oct 1, 2009
Messages
4,776
Reaction score
8
Points
25
ini merupakan kali pertama aku membuka thread dalam forum ini. jika salah, harap ada yang betulkan. aku ada persoalan berkenaan kereta.

1. apabila buka lampu malap, lampu membrek menyala ketiga-tiga sekaligus. apabila ditutup lampu malap, lampu membrek tidak menyala. dalam keadaan lampu malap tidak dibuka, bila brek ditekan, lampu membrek menyala seperti biasa.

2. dalam keadaan lampu malap tidak dibuka dan brek ditekan, lampu membrek menyala dan dalam masa yang sama, lampu malap menyala, walaupun tombol lampu tidak berada dalam keadaan buka/switch on.

dengan 2 masalah ini, mungkin ada warga CG yang mempunyai pengetahuan dan cadangan untuk membantu aku mengatasi masalah ini. aku juga ingin tahu kebarangkalian kos yang perlu ditanggung.

## lampu malap = lampu kecil, biasanya dibuka pada senja
 
Last edited:
mungkin ada sesiapa yang boleh membantu
 
cuba check kotak fius.. ada beza ngn diagram dia x
 
ade modify wiring ke pasang aksesori ke?
 
ade modify wiring ke pasang aksesori ke?

kereta dalam keadaan standard. sejak dari mula beli sehingga kini, tidak pernah ubah suai atau pasang aksesori tambahan.
 
buka bonet enjin..cari satu wayar panjang ubuh dari negetif bateri hingga ke earth/negetif salah satu lampu tu...

tgk ada perbezaan tak?
biasa wayar negetif nie putus sbb karat


post tu kasi betulkan...confius ayat malap dgn malam..:D :D
 
lampu malap, lampu apa ek?
 
buka bonet enjin..cari satu wayar panjang ubuh dari negetif bateri hingga ke earth/negetif salah satu lampu tu...

tgk ada perbezaan tak?
biasa wayar negetif nie putus sbb karat


post tu kasi betulkan...confius ayat malap dgn malam..:D :D

akan dicuba esok saranan saudara. adakah wayar negatif yang putus itu dimaksudkan itu ialah wayar negatif pada terminal bateri?

ayat malap merujuk pada lampu kecil, biasa dibuka pada awal senja.
 
Back
Top
Log in Register