BTC USD 84,029.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masalah Air Kelantan

SPRM syor perkukuh tatakelola syarikat Air Kelantan

MUHAMMAD AFHAM RAMLI
SPRM syor perkukuh tatakelola berhubung pelantikan ahli lembaga pengarah dan perunding di syarikat AKSB.
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) syor perkukuh tatakelola berhubung pelantikan ahli lembaga pengarah dan perunding di syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Timbalan Pengarah II Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) SPRM, Ahmad Shukri Mohamad Taib berkata, pembentangan penyiasatan tatakelola ini merupakan cadangan penambahbaikan dalam amalan, sistem dan tatacara bagi menutup ruang dan peluang berlakunya risiko serta jenayah rasuah selaras dengan Seksyen 7(c), (d) dan (e), Akta SPRM 2009 (Akta 694).

"Objektif penyiasatan tatakelola ini bukan sahaja mencadangkan penambahbaikan yang sewajarnya malah ia bertujuan membantu badan awam atau swasta mengenal pasti kelemahan yang ada dari sudut tatakelola.

"Antara pengesyoran yang dikemukakan ialah mewujudkan garis panduan dan tatacara pelantikan Ahli Lembaga Pengarah di AKSB dengan menempatkan Pegawai Tadbir Negeri Kelantan untuk menjaga kepentingan dana awam serta melantik pihak luar yang berpengalaman dan berkepakaran," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Tambahnya, syor lain ialah menambah baik prosedur operasi standard (SOP) sebut harga dan tender untuk pelantikan perunding dengan membangunkan terma rujukan yang jelas dan lengkap.

Selain itu katanya, menetapkan kriteria pelantikan Ahli Jawatankuasa Perunding yang jelas, kaedah perolehan secara tender terbuka bagi nilai perolehan melebihi RM500,000, surat pelantikan perunding dan dokumen kontrak hendaklah dikeluarkan dalam tempoh tiga bulan selepas Surat Setuju Terima (SST).

Beliau berkata, strategi perancangan perniagaan tahunan AKSB juga perlu ditetapkan supaya diadakan kerjasama strategik bersama Board of Geologist Malaysia (BoG)/Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)/Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) atau agensi yang terlibat dalam pembangunan serta pengurusan air negeri.

"Tatacara Pengurusan Kontrak yang khusus juga perlu dibangunkan bagi projek dan kerja pembaikan dan pembangunan industri air selain pembangunan sistem pengurusan fail secara digital yang komprehensif," ujarnya.

Mei tahun lalu, media melaporkan Kerajaan Kelantan akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM berkaitan kes rasuah dan seleweng pembinaan telaga jejari yang tidak berfungsi untuk membekalkan air kepada penduduk.

Untuk rekod, SPRM pernah menahan empat lelaki termasuk dua bekas pegawai kanan syarikat air di Kelantan bagi membantu siasatan berkaitan pembinaan telaga jejari yang gagal berfungsi untuk membekalkan air kepada penduduk.
 
jgn sebuk negeri org.. isu murid tercucuk pin isu negara yg perlu ambil tindakan segera

menteri jgn koyak
 
isu air ni mmg kena tangani la...ada ke tempat2 macam station keretapi pun boleh tak ada air
 
Salahan bang non tak bagi royalti minyok.

aku tak phm gan alasan Pas ni

kata ada selenggara.. biasa selenggara patut air tak keluar..angin je

ni sampai hitam mcm ni loji taik mana depa guna salur air ni?? bukan sehari.. seminggu weiii mcm ni

ni paip bukan 30thn tahan.. silap2 duk buat lagu ni.. tak sampai 10thn paip da pecah karat

gagal betul Pas ni urus air je pon
 
IMG_20250929_221722.jpg
IMG_20250929_221700.jpg
 
Back
Top
Log in Register