BTC USD 83,473.0 Gold USD 4,181.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masalah Air Kelantan

Raya tanpa bekalan air sudah biasa di Kelantan

HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Gangguan bekalan air sudah menjadi duri dalam daging; buat seluruh rakyat Kelantan apabila isu ini sudah berlarutan lebih 20 tahun lalu. Gambar hiasan

KURANG seminggu lagi penggunaan air di Kelantan akan meningkat berlipat kali ganda susulan kepulangan anak-anak perantau untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung masing-masing pada 10 April nanti.

Situasi itu boleh memberikan kesan tidak baik kepada perkhidmatan dan kualiti bekalan air sepanjang tempoh berkenaan disebabkan permintaan melebihi kapasiti serta kemampuan yang boleh ditawarkan oleh pengendali perkhidmatan.

Mana tidaknya, dianggarkan lebih 100,000 anak-anak Kelantan yang mencari rezeki di negeri orang akan pulang dan perkara tersebut sudah menjadi rutin setiap kali musim perayaan.

Melihat kepada jumlah tersebut, ditambah pula dengan penduduk yang sedia ada dan situasi itu pastinya memberi tekanan kepada kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah berkenaan.

Menambahkan lagi tekanan, cuaca panas dan kemarau yang sedang melanda kesan fenomena El Nino menyebabkan paras air sungai Kelantan semakin menyusut.

Gangguan bekalan air bukanlah perkara baharu malah sudah menjadi 'duri dalam daging' buat seluruh rakyat Kelantan apabila isu ini sudah berlarutan lebih 20 tahun lalu.

Masalah air di Kelantan seolah-olah sudah tidak boleh dibawa bincang apabila ada segelintir anak-anak perantau mengeluarkan 'ugutan' tidak mahu pulang beraya di kampung jika isu ini terus berlarutan.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Pengerusi Persatuan Warisan Anak Krai, Hamidi Hamzah yang memberitahu, mereka sudah hilang sabar selepas menerima 'ugutan' daripada anak-anak di perantauan yang enggan pulang beraya di Kampung Kemubu, Kuala Krai jika masalah air di kawasan terbabit gagal diselesaikan.

Selain itu, penduduk Kampung Kemubu, Kuala Krai, Aziz Ibrahim turut mendedahkan pada cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini anak-anak dan cucu-cucunya terpaksa 'lari' ke lokasi lain kerana masalah air.

Kepulangan yang sepatutnya menjadi kegembiraan bertukar kepada khabar duka dan kedatangan Syawal tidak lama lagi pasti membuatkan Aziz pening memikirkan ikhtiar supaya masalah air dapat diselesaikan sebelum menyambut kepulangan anak-anak serta cucu.

Kerajaan negeri menerusi Exco Jawantankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr Izani Husin menegaskan masalah air yang membelenggu negeri ini lebih 20 tahun lalu akan selesai sepenuhnya tiga tahun lagi iaitu pada 2027.

Hal ini kerana semua loji yang dinaik taraf dan dibina akan siap sepenuhnya pada tahun tersebut.

Situasi itu menyaksikan Kelantan akan mempunyai lebihan bekalan air pada tahun 2028 sekali gus mampu menyelesaikan masalah yang sudah berlarutan lebih 20 tahun lalu.

Di sebalik keyakinan itu, UMNO Kelantan pula menasihatkan kerajaan negeri supaya tidak menipu rakyat dengan menabur janji isu air akan selesai dalam masa tiga tahun lagi.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, janji itu tidak ubah seperti 'gula-gula' kerana 2027 merupakan tahun berlakunya Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Melihat kepada keyakinan yang dilontarkan oleh pemimpin kerajaan negeri mengatakan masalah air selesai 2027, penulis berharap cakap serupa bikin.

Hal ini kerana rakyat dilihat sudah muak dengan pelbagai alasan yang diberikan oleh kerajaan negeri setiap kali berlakunya gangguan bekalan air.

Rakyat Kelantan mahu jalan penyelesaian yang tuntas berkait isu ini dan bukannya alasan bersifat menutup kelemahan.

Ingatlah, air merupakan satu keperluan asas utama kepada penduduk, walaupun kerajaan negeri beranggapan rakyat Kelantan pandai berdikari dengan menggali telaga bagi mendapatkan sumber, namun mereka tidak boleh lepas tangan dalam isu tersebut.

Penulis sendiri mengeluarkan duit poket menggali telaga tiub dan membeli penapis bagi memastikan bekalan air terus mencukupi tanpa perlu bergantung harap sepenuhnya kepada perkhidmatan AKSB.

* Hazelen Liana Kamarudin ialah Ketua Wartawan Sinar Harian Kelantan

salah British salah madanon tak kasi royalti
 
Pinjam lori tangki wak amir

97-F3973-C-4-C2-D-4494-A3-EC-C4133-C05-EF4-A.png

1-F10-F1-B8-4063-4-F3-C-93-DE-ABE5-A48-E6928.png
 
Rata-rata penduduk tidak dapat menyediakan juadah raya seperti sebelum ini kerana bekalan air yang disimpan hanya mencukupi untuk mandi dan keperluan penting sahaja.

 
ADUN bantu AKSB hantar air ke lokasi terjejas

AZMI YUSOFApril 14, 2024

PASIR PUTEH: Pusat Khidmat DUN Limbongan dengan kerjasama Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berusaha membekal air di lokasi yang mengalami gangguan bekalan air di Pasir Puteh.

ADUN Limbongan Nor Asilah Mohd Zain berkata, kawasan yang terjejas termasuk Taman Purnama, Kampung Nara yang melibatkan pemasangan dua tangki statik pada Jumaat lepas.

Selain itu Kampung Chengar Batu turut melibatkan pemasangan tangki statik dan Kampung Nering perlu ditempatkan tangki air statik.

“Kampung Dalam Pupoh juga perlu penghantaran lori tangki air oleh AKSB. Usaha untuk menghantar air ke tangki statik sedang diusahakan penghulu dengan kerjasama AKSB,” katanya di sini.

Menurutnya juga usaha tersebut diharap membantu pengguna yang terjejas buat sementara waktu ekoran panas masih lagi melanda Kelantan. – HARAKAHDAILY 14/4/2024
 
Guna air secara berhemah, jangan terdedah cuaca panas

AZMI YUSOFApril 27, 2024

MACHANG: Orang ramai dinasihatkan menggunakan air secara berhemah bagi mengurangkan risiko putus bekalan air ekoran musim kemarau berpanjangan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, Rohani Ibrahim juga turut mencadangkan supaya mengadakan solat hajat berterusan walaupun bersendirian atau sesama keluarga bagi memohon diturunkan hujan.

Beliau berkata demikian susulan MetMalaysia menyatakan tujuh daerah di Kelantan termasuk Pasir Mas dijangka menerima suhu panas maksimum harian sehingga mencecah 40°C selama tiga hari berturut-turut sehingga hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya memberitahu, setakat pukul 4.30 petang Khamis lepas, enam lagi daerah iaitu Gua Musang, Jeli, Kuala Krai, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Kota Bharu pula menerima suhu maksimum harian mencecah 37°C pada amaran tahap berjaga-jaga.

Sehubungan itu, Rohani menyeru rakyat Kelantan supaya tidak terdedah kepada cuaca panas terik secara terus untuk tempoh yang panjang.

“Di samping kita berdoa, solat hajat atau solat sunat istisqa’ beramai-ramai, pada masa yang sama jangan terdedah di tempat yang panas dalam tempoh yang agak lama,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan program Program Big Hero, di sini. (Foto atas)

Menurutnya, orang ramai khususnya warga emas berusia 65 tahun ke atas, penghidap penyakit kronik antara yang berisiko tinggi apabila terdedah kepada cuaca panas terik.

“Selain itu kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah juga antara golongan yang berisiko tinggi apabila terdedah kepada cuaca panas terik,” ujarnya.

Beliau mengingatkan semua lapisan peringkat umur supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa memantau aktiviti ahli keluarga bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini di samping meminum air putih yang banyak untuk mengimbangi suhu badan.

ADUN Tanjung Mas itu juga turut bersimpati di mana seramai 30 orang di Thailand telah meninggal dunia akibat strok haba apabila suhu di beberapa wilayah negara itu meningkat sehingga 52°C. – HARAKAHDAILY 27/4/2024
 
Back
Top
Log in Register