BTC USD 83,840.0 Gold USD 4,165.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masalah Air Kelantan

Inilah hasil daripada strategi pemerintahan dendam kesumat terhadap rakyat kelantan yang memilih pembangkang masa zaman PM4 dulu.
Sekarang di penghujung hayat, dah boleh tersenyum megah melihat kerja tangan dia.

semoga jadi pengajaran generasi baru untuk majukan semua negeri yang ada ... kerajaan pas kelantan pun problem jugak ... mindset still backwards ... takat bangga minimum ketirisan pun tak guna kalau negeri mundur.
 
Pagi yang amat menyedihkan!

Semalam seharian memandu dari Gombak ke Kota Bharu. Walaupun tiada kesesakan yang teruk namun kenderaan bergerak agak perlahan. Kira-kira 8 jam masa diambil untuk sampai ke Kota Bharu

Sampai saja rumah, perkara pertama saya buat adalah dengan membuka enjin mesin tarik air. Setelah buka beberapa minit, tiada kelihatan air masuk ke dalam tangki

Sebelum bermusafir ke KL untuk melawat mak dan adik beradik, tangki air memang dah kosong kerana 5 hari air tiada masuk langsung.

Masa tu rasa macam nak jerit sekuat hati je rasa. Dah lah penat, dengan badan melekit tapi kat rumah masih tiada air

"Aisyah, nampaknya malam ni kena mandi rumah ayah. Air takde dah ni"

Tanpa sebarang rehat walaupun 5 minit, saya pun terus kemas barang-barang dalam beg dan kemudian capai seluar, baju, tuala dan alatan berus gigi. Enjin kereta dihidupkan dan terus pergi ke rumah mertua untuk mandi dan makan.

Sebenarnya, rumah mertua pun tak dapat bekalan Air Kelantan. Namun mereka dah melakukan boring dalam beberapa tahun lepas kerana masalah air yang kritikal. Kos pemasangan kira-kira dalam 3800 untuk sekali pasang

Lepas je solat maghrib, ayah mertua tegur

"Dah lah Hanif. Nampak sangat penat tu. Pergi makan dan kita solat isyak sama-sama. Lepas tu, terus balik pergi berehat"

Balik je rumah, sebelum tidur saya semak jam di telefon saya. Saya tetapkan ia untuk berbunyi jam 4 pagi untuk buka enjin tarik air

Maka pukul 4 pagi pun saya bangun dan terus buka enjin air. Alangkah kecewanya, tiada air ke dalam tangki air. Tunggu punya tunggu, sampai jam 6 pagi tiada air masuk

"Bodohkan saya tunggu sampai jam 6 pagi?"

Jawapannya, bukan saya berharap sesuatu yang tak pasti. Tapi untuk pengetahuan semua, saya memang ada masalah insomnia (sukar untuk tidur)

Secara rutinnya, saya memang kena tidur mengikut jadual tidur yang dah ditetapkan. Sekiranya saya langgar jadual tersebut, maka saya takkan boleh tidur lagi selepas itu walaupun cuba memejam mata sekalipun

Sekarang ni (sampai setakat perkongsian ini ditulis) saya dalam keadaan amat-amat penat. Bahu terasa berat dan mata amat pedih. Nak lelap mata tak boleh dan pada masa sama isu masalah air ni 'over-whelming' kan pemikiran saya

Dah lah hari ini ada tiga meeting kena hadiri sampai ke malam. Rasa stress sangat. Tak larat rasanya nak hadiri ketiga-tiga meeting hari ni. Dengan badan tak larat, tidur tak cukup dan mental yang dah 'down' sangat sekarang ni.

5 minggu kawan-kawan. 5 minggu mengalami gangguan bekalan air

Saya mohon sangat kepada kawan-kawan yang membaca perkongsian semua mendoakan segala urusan kami semua dipermudahkan. InshaAllah, moga-moga berkat doa kalian masalah ni boleh diselesaikan dengan segera

Sejujurnya, dah tak tahu nak buat apa. Segala tempat aduan, dah dibuat. Namun, perkembanganya bagaikan tiada

selain dari masalah masalah lain...masalah air ni sgt besar yg diremehkan...dan tetap berkata salah org lain......sebab tu aku tak nak bali kdah dok sana.....
 
sebab dah lama dianak tirikan dari zaman bn lagi. pembangunan slow, infrastruktur kelaut, akses bekalan air terawat dari kerajaan pun sempit. masalah kelantan ni sumber lestari & pembangunan industri yang lumayan tak cukup banyak. sebab tu banyak lagi fokus pada pembalakan. nak jadikan negeri industri pun susah sebab keperluan asas macam akses air bersih pun terhad ... belum sembang pasal infrastruktur macam jalan raya , pelabuhan, kesan musim monsun timur laut & yang lain2 lagi. tak banyak benda yang boleh dibuat

Takkan nak guna alasan sama mcm sabah serawak.. duk salahkan semenanjung.. smapai perut mp pon da kedebey
 
Yes ... sebab tu kelantan kena ambik iktibar sekarang, alang2 dah sekepala dengan persekutuan. Harap nanti kalau berlaku perubahan pentadbiran persekutuan pun, kelantan takkan lagi dibiarkan terpinga pinga
 
Isu air tidak 'gugat' kedudukan Pas Kelantan

HAZELEN LIANA KAMARUDIN | | 23 Oktober 2021
Sabtu | 23 Oktober 2021

Mohd Ariff (tiga dari kiri) menerima cenderamata daripada perwakilan sebagai tanda penghargaan kepada beliau yang telah menerajui Pemuda Pas Kelantan selama satu penggal.

KOTA BHARU - Isu bekalan air yang menjadi perdebatan hangat dalam kalangan rakyat dilihat tidak akan 'menggugat' kedudukan Pas termasuklah undi daripada anak-anak perantau untuk terus menerajui Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Bekas Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohd Ariff Abdullah berkata, kedudukan Kelantan yang selari dengan kepimpinan di Pusat ketika ini mampu membawa perubahan dalam memberikan penambahbaikkan dalam isu air.

"Saya yakin, kerajaan Kelantan akan selesaikan masalah ini dengan sebaik mungkin, cuma nak selesai dalam tempoh dua bulan ini tidak sempatlah.

"Tetapi saya yakin dalam tempoh dua tahun lagi bekalan air Kelantan akan melebihi 80 peratus," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Pemuda Pas Kelantan Kali Ke-62 di sini pada Sabtu.

Pada muktamar kali ini, Mohd Ariff melepaskan jawatan sebagai Ketua Pemuda Pas Kelantan yang disandang selama sepenggal.

Menurutnya, usaha menyelesaikan masalah itu sedang giat dilakukan oleh kerajaan ketika ini.

Katanya, proses menukar 6,000 kilometer (km) batang paip yang ada ketika ini memerlukan tempoh sekurang-kurang dua tahun.

Dalam perkembangan lain, Mohd Ariff berkata, Pemuda Pas Kelantan akan mengadakan dialog dengan perantau untuk memberikan penerangan berkait isu-isu terkini yang berlaku di negeri ini.

Katanya, hal ini bagi memastikan perantau mendapat maklumat tepat mengenai perancangan dan dasar-dasar kerajaan negeri.

"Saya optimis sokongan tidak akan lari terhadap Pas Kelantan, jika kita semua bekerja keras.

"Buktikan kerajaan selama 31 tahun memacu Kelantan perlu dipertahan," katanya.

Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf
 
Hahahaha...31 tahun...nothing
..nada...ileks....yg ada balak kena tebang merata...tentunya duit balak dapat kepada semua rakyat kelantan....alhamdulillah! Takebeer!!
 
Back
Top
Log in Register